Laman web ini dibangunkan oleh Fatin Amirah binti Ismail (Chegu Fatin), seorang guru pendidik muzik untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang inovatif dan interaktif bagi kegunaan PdPC Pendidikan Muzik sekolah rendah. Dengan latar belakang dalam Pendidikan Muzik dari IPG dan UPSI, saya berhasrat untuk menjadikan pembelajaran muzik lebih menarik dan mudah diakses oleh guru, murid dan ibu bapa. Projek ini, yang dikenali sebagai Muzik+, adalah inisiatif untuk menggabungkan elemen muzik dengan teknologi melalui platform seperti Google Sites untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Tujuan umum Muzik+ ini menyatukan bahan-bahan pengajaran untuk kegunaan guru ketika PdPC Pendidikan Muzik di sekolah dalam masa yang sama boleh digunakan secara meluas dalam pembelajaran pendidikan muzik.
Sebagai pengasas laman web ini, saya berharap dapat memberi impak positif dalam dunia pendidikan muzik dengan menyediakan sumber yang sesuai untuk murid dan guru, serta memupuk kecintaan terhadap muzik sejak usia muda.
Sertai kumpulan Telegram Muzik+ untuk mendapatkan maklumat terkini, bahan pendidikan, dan berkongsi idea dalam pengajaran muzik. Klik link atau imbas QR code di bawah untuk menyertai komuniti kami!
📥 Ada Soalan? Hantar di sini..