Tahun: 4
Standard Pembelajaran (SP): 2.1.1 – Menyanyikan lagu pusingan
Tajuk: Beg Cantik Menawan
Modul : Kemahiran Muzikal Nyanyian
Objektif Pengajaran:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Mengenal pasti ciri-ciri lagu pusingan dengan betul melalui penerangan dan contoh (secara lisan).
Menyanyi lagu pusingan “Beg Cantik Menawan” dalam dua kumpulan dengan irama dan tempo yang betul.
Menjawab 3/4 soalan kuiz berkaitan lagu pusingan.
Bahan Pengajaran:
Slide penerangan (Google Slides/Canva) – Penerangan ciri lagu pusingan + contoh
Audio/video nyanyian lagu – Rakaman lagu pusingan, video lirik Beg Cantik Menawan
Kuiz interaktif – Quizizz
Langkah-Langkah Pengajaran (30 minit):
Set Induksi (5 minit)
Guru tayang video pendek lagu Row Row Row Your Boat dan bertanya pandangan murid terhadap video berkenaan.
Aktiviti Pengajaran (20 minit)
Guru menerangkan tentang video yang mereka tonton tadi.
2. Guru mengimbas kembali lagu yang pernah dipelajar iaitu lagu Beg Cantik Menawan dan meminta murid bersama-sama menyanyi lagu Beg Cantik Menawan.
3. Guru membahagikan kelas kepada 2 kumpulan. Guru membimbing murid-murid menjalankan nyanyian berpusingan dengan nyanyi dimulai dengan kumpulan 1 kemudian diikuti kumpulan 2.
4. Latihan nyanyian lagu pusingan diulang beberapa kali dengan menggunakan minus one dengan bimbingan guru.
5. Guru menjalankan kuiz secara berkumpulan untuk menguji kefahaman murid-murid tentang Lagu Pusingan.
Penutup (5 minit):
Guru membuat refleksi tentang pembelajaran hari ini.
Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua murid.