LINK MUAT TURUN BAHAN-BAHAN KEJOHANAN DAN LIVESTREAMING
KEJOHANAN RAGBI MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)
04 HINGGA 06 SEPTEMBER 2022
STADIUM KEJORA BANDAR PENAWAR & SSTMI BANDAR PENAWAR
Pengelolaan pertandingan ini adalah bertujuan :
Memaklumkan kepada Jawatankuasa mengenai Konsep Pengelolaan Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 yang akan dijalankan pada 04 hingga 06 September 2022 di Kota Tinggi, Johor.
Mengenalpasti aspek-aspek pengurusan yang patut dititik beratkan dalam pengelolaan kejohanan.
Mengenalpasti keperluan tenaga kerja, peralatan, teknikal dan tempat pertandingan bagi kejohanan ini disamping meneliti keperluan dan kekuatan sumber kewangan bagi tujuan melaksana dan menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang lagi berkesan.
Pengelolaan pertandingan ini adalah bermatlamatkan:
Pengelolaan yang berkonsepkan kesederhanaan, mengutamakan kualiti dengan mematuhi piawaian pengelolaan permainan tersebut mengikut garis panduan pelaksanaan oleh MSSM.
Perbelanjaan yang berhemah tanpa mengabaikan kemeriahannya mengikut bajet kewangan yang diperuntukkan oleh MSSM.
Meminimakan tenaga pengelolaan dan penyelarasan kerja bersesuaian dengan peruntukan yang sedia ada.