LOGO PENGAKAP SEDUNIA
Pecahan tiga kelopak yang melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kanan melambangkan Undang-Undang pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih yang menunjukkan persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih yang melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu yang melambangkan warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih yang melambangkan kesucian dan kebersihan.
LOGO PENGAKAP MALAYSIA
LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa 3 maksud Persetiaan Pengakap iaitu : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikut kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap".
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia".
Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi negara ialah Islam".
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
Kuning = "Pengakap Kanak-Kanak"
Hijau = "Pengakap Muda"
Merah = "Pengakap Remaja"