PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, 

Saya berjanji dan bersetia, 

yang saya,

dengan seberapa daya upaya saya, 

akan:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, 

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut Undang-undang Pengakap.

TAFSIRAN PERSETIAAN PENGAKAP

-Setiap ahli Pengakap mesti beragama dan mengamalkannya mengikut tuntutan agama masing-masing serta menghormati agama dan kepercayaan orang lain.

-Setiap ahli Pengakap hendaklah taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Wakil-wakil Raja Memerintah.


-Setiap ahli Pengakap hendaklah menghormati dan mematuhi perlembagaan dan undang-undag negara sertaa menyokong penuh dasar dan polisi kerajaan.


-Setiap ahli Pengakap hendaklah menolong orang tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara serta sentiasa membuat kebaikan kepada masyarakat. Pengakap juga ikhlas dan jujur menabur bakti serta menyuburkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman awam.


-Setiap ahli Pengakap hendaklah berusaha untuk memahami, menerapkan ke dalam jiwa dan minda, serta melaksanakan secara berterusan dalam kehidupan seharian kesemua ajaran, nasihat dan bimbingan yang terkandung di dalam Undang-undang Pengakap agar setiap ahli Pengakap memiliki sifat-sifat keperibadian terpuji.