Untuk mengatasi masalah penggunaan bahasa kasar ini, strategi intervensi yang efektif sangat diperlukan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan jayanya.
Suasana pengajaran yang harus diterapkan di sekolah dan di rumah adalah dengan membiasakan komunikasi yang positif dan menghargai nilai-nilai moral. Pengajaran yang melibatkan contoh perilaku yang baik dapat membantu dalam mengurangi kebiasaan berbicara kasar.
Masyarakat perlulah memastikan penggunaan bahasa kasar ini dapat dikurangkan dan dibanteras supaya penggunaannya tidak berterusan yang akhirnya bakal diwarisi dan sebati dengan kehidupan masyarakat kini dan akan datang. Kita hendaklah bersama-sama mematuhi kepada Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan kerana bahasa menunjukkan identiti sesebuah bangsa!
Menurut Pensyarah UPSI, Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin yang dipetik daripada BERNAMA, beliau mencadangkan untuk mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai tujuan makian dan hinaan di media sosial. Katanya lagi, ini adalah langkah bagi mendidik semua lapisan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam semua platform.