Bahasa kasar mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan).
Bahasa kasar atau bahasa kesat sering digunakan oleh pelajar-pelajar di perbualan harian. Contohnya, "Pandai sial dia dahlah cantik." Penggunaan "sial", "babi" "bodoh" di dalam perbualan telah menjadi perkataan yang tidak asing di kalangan pelajar. Kesantunan berbahasa yang semakin tenggelam perlulah dititikberatkan oleh ibu bapa dan para guru.
Lima tunjang penilaian berbahasa kasar (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2024) :
Kata yang tidak menyenangkan pendengarnya.
Contoh: "Tengoklah dia ni gais! Muka dahlah berjerawat ada hati nak suka aku"
Menggunakan kata sindiran.
Contoh: " Jangan jadi macam dia tu, talam dua muka haha"
Tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap.
Tidak menggunakan tatabahasa yang sempurna dan teratur.
Menggunakan kata ganti nama yang tidak sopan.
Contoh: "Eh Babi, kau sini"
Penggunaan dalam emosi negatif.
Contoh " Kau nak gaduh ke?!"
Antara salah satu fungsi Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan iaitu bertujuan untuk menunjukkan identiti negara Malaysia. Jika pengunaan bahasa kasar ini menjadi kebiasaan dikalangan generasi akan datang, situasi ini menunjukkan sikap masyarakat yang tiada adab. Penggunaan bahasa kasar ini juga tidak seiring dengan rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Seterusnya, kesan-kesan lain seperti:
mencemarkan imej negara.
menonjolkan sisi negatif negara.
mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keamanan negara.
menimbulkan permusuhan.