TAJUK 7 : REKA BENTUK INDUSTRI
SEJARAH PERKEMBANGAN
Berlaku sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian di Eropah pada penghujung abad ke-18.Banyak ciptaan baharu telah dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti pengangkutan, komunikasi, pertanian dan perusahaan.Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia pula telah memperkenalkan bidang Reka Bentuk Industri ini pada tahun 1980-an.Produk terkenal hasil di Malaysia ialah kereta Proton Saga yang dilancarkan pada tahun 1985.
BIDANG REKA BENTUK INDUSTRI
Bidang yang terlibat dalam penghasilan produk melalui proses reka bentuk dan pengeluaran.Tiga bidang reka bentuk industri, iaitu reka bentuk produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk automotif
REKA BENTUK PRODUK
Reka bentuk produk merangkumi perkakasan domestik, aksesori,peralatan elektrik dan sebagainya.Produk dengan reka bentuk yang menarik, baik dan berfungsi akan menjadi pilihan pengguna selain daripada faktor harga
SILA SALIN NOTA DISEBELAH KIRI DAN MEMBUAT LATIHAN UNTUK TAJUK INI