Panduan Peserta Kursus
Panduan Peserta Kursus
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu peserta kursus menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Ia memberi peluang kepada peserta kursus untuk mendapatkan maklumat dan memperkaya maklumat tersebut sesuai dengan hasil pembelajaran kursus ini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan peserta kursus membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika peserta kursus dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar peserta kursus mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
Anda boleh melengkapkan modul-modul berkenaan mengikut masa dan kesesuaian gaya pembelajaran masing-masing, namun perlu mengikuti jadual kerana komponen segerak akan menggunakan kandungan yang dipelajari dalam modul pembelajaran kendiri.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Tajuk dan jumlah jam pembelajaran dalam talian adalah berdasarkan kepada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus yang ditawarkan.
Sila rujuk Arahan di dalam pautan Penilaian Modul untuk maklumat lanjut.
SASARAN KURSUS
Guru lantikan secara Contract of Service (CoS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM).
PENTAKSIRAN
Peserta akan dinilai secara pentaksiran melalui kuiz dalam talian. Kursus ini tidak melibatkan peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
PAUTAN-PAUTAN TELEGRAM
Untuk mendapatkan pengumuman terkini, para peserta WAJIB menyertai kumpulan rasmi di Telegram menggunakan pautan-pautan di bawah:
Kumpulan Pengumuman Kursus Induksi Guru Baharu Lantikan CoS: https://t.me/+X7AWqGBe_CczOWQ1
Kumpulan Persoalan Kursus Induksi Guru Baharu Lantikan CoS: https://t.me/+VxgqvrHeRihmMzA1
MODUL-MODUL KURSUS INDUKSI GURU CONTRACT OF SERVICE