KURSUS INDUKSI GURU BAHARU
LANTIKAN SECARA KONTRAK (CoS)
Versi 2.0
KURSUS INDUKSI GURU BAHARU
LANTIKAN SECARA KONTRAK (CoS)
Versi 2.0
Untuk makluman, kursus ini adalah versi 2.0 yang telah dikhususkan kepada;
Calon guru baharu yang telah menerima tawaran Contract of Service, telah mengikuti Kursus Induksi Versi 1.0 tetapi tidak lengkap Penilaian Modul
Calon guru baharu yang telah menerima tawaran Contract of Service tetapi belum pernah mengikuti sebarang slot/sesi semasa Kursus Induksi Versi 1.0 pada 11 hingga 22 Julai 2022; atau
Calon guru yang baharu sahaja menerima tawaran Contract of Service selepas Kursus Induksi Versi 1.0 tamat pada 22 Julai 2022 dan kumpulan guru ini akan mengikuti Kursus Induksi 2.0 akan bermula pada 7 hingga 21 September 2022.
Semua guru baharu lantikan secara kontrak (CoS) perlu melengkapkan semua komponen dalam kursus induksi sebagai persediaan mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP). Sijil kehadiran kursus induksi ini wajib dikemukakan semasa mendaftar untuk mengikuti PDPP pada bulan Oktober 2022.
Ucapan Perasmian oleh Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Ucapan Perasmian oleh En. Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Teach For Malaysia & Penerangan Pelaksanaan Kursus Induksi oleh Pn. Chew Mei Yee, Ketua Bahagian Latihan dan Sokongan