Modul e-KPB "Biasakan Yang Betul" ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran bagi Pemantapan Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Modul secara online ini dibina oleh Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut Terengganu
Modul e-KPB ini bertujuan untuk membantu guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah memantapkan pengetahuan mereka mengenai tatabahasa bahasa Melayu.
Modul ini merangkumi aspek ejaan, pembentukan kata dan pembinaan ayat yang memberikan penekanan kepada pembinaan dan penguasaan bahasa Melayu yang berkesan dan bersesuaian mengikut konteks. Modul ininjuga disertakan dengan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran khususnya untuk pemantapan tatabahasa bahasa Melayu.