Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah beralih dari gelombang pertama yang menekankan kemahiran teknikal pengkomputeran kepada gelombang kedua yang lebih menekankan aspek pengurusan dan aplikasi (Adam dan Morgan 2007). Gelombang kedua dalam teknologi pembelajaran dalam talian (online learning) lebih menekankan tentang aspek kemahiran pentadbiran dan pengurusan teknologi maklumat.
Dengan kata lain, pembelajaran dalam talian menjelaskan bagaimana manusia menguruskan kelebihan teknologi dalam semua urusan seharian sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Modul Biasakan Yang Betul merupakan modul jenis akademik untuk guru-guru Bahasa Melayu. Mod penyampaian modul ini secara dalam talian (online) yang boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui penggunaan komputer atau telefon pintar.