Peraturan Berlisan, Salutasi dan Protokol
Pengacara yang baik berupaya menggunakan salutasi yang betul kepada hadirin. Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah dan nama seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia.
Penyediaan skrip pengacaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Sudah tentu menjadi satu kesalahan apabila pengacara tersilap menyebut nama tetamunya dengan betul.
Pengacara boleh memulakan salutasi, dengan salam dan seterusnya kata alu-aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol.
Cara menulis juga perlu diperhatikan.
(a) Salam pembuka bergantung kepada taraf hadirin yang hadir. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia.
(b) Penggunaan protokol ialah Rujukan Kehormat yang bersesuaian.
Kategori Tetamu Kehormat
S.PB. Yang di-Pertuan Agong/S.P.B. Raja Permaisuri Agong
D.Y.M.M. Raja/T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri
Y.A.B. Perdana Menteri/Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
Y.B. Menteri
Y.A.B. Menteri Besar
Y.B. Timbalan Menteri
Y.B. Menteri Negeri/Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan
Orang Kenamaan Negeri/Tempatan
Cara Mengamalatkan Seseorang
Kaedah Sapaan
Rujukan kehormat + gelaran + nama
Contoh: Y.B. Encik Chia Kwang Chye
Rujukan kehormat + gelaran warisan kanan + gelaran kurniaan + nama
Contoh: Y.M. Tengku Van Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Rithauddeen Al-Haj bin Tengku Ismail
Rujukan kehormat + gelaran kurniaan + gelaran warisan bukan kanan + nama
Contoh: Y.B. Datuk Seri Syed Hatnid bin Syed Jaafar Albar
Rujukan kehormat + gelaran ikhtisas + gelaran kurniaan kanan + gelaran kurniaan + gelaran akademik + gelaran keagamaan + nama
Contoh: Y.B. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Yg. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
Contoh Salutasi Satu Taraf Hadirin
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang Berhormat Dato' Ismail Tan Sri Shafie, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Yang Berbahagia Dato' Haji Yusof Nayan,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,
Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar,
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,
tetamu kehormat,
tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia X111
D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Watihiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibn Al-Maarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Raja Permaisuri Agong
D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri.......... Menteri Besar........
Yang Berbahagia
Dato' Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor, UiTM
ORANG YANG DISAPA
RUJUKAN HORMAT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Sultan, Raja, Sultanah,Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Balu Raja
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Kerabat Diraja Karib Bergelar
warisan
Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Tun,Toh Puan
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara,Hakim, Kadi
Mufti dan pemimpin Islam
Ketua jabatan tanpa gelaran
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Duli Yang Maha Mulia Yang Maha
Mulia
Duli Yang Teramat Mulia
atau Yang Teramat Mulia
Yang Amat Mulia
Yang Mulia
Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berhormat Mulia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Amat Setia
Yang Amat Arif
Sahibul Samahah
Yang Berusaha