Apa itu Pengucapan Awam?
Pengucapan Awam (PA) ialah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap dengan sekumpulan pendengar. Proses ini melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mesej-mesej bukan daripada ucapan sahaja tetapi juga dihantar oleh pengucap melalui pakaian, pergerakan badan, pergerakan mata dan juga tingkah laku yang lain. Impikasi daripada ucapan tersebut akan mempengaruhi pendengar dari aspek sikap, pemahaman, pengertian, kepercayaan dan kesediaan mereka untuk bertindak.
Menurut T.Hunt (1987) pengucapan awam merupakan satu proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan dan perasaan kepada hadirin dengan menggunakan lambang-lambang bahasa. Manakala Mat Jizat Abdol (1992) menyatakan pengucapan awam tergolong kepada segala bentuk persembahan ucapan,syarahan dan juga ceramah.
Dalam bidang pendidikan, pengucapan awam amat penting kerana PA memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan berkesan dan difahami oleh pelajar. Guru mestilah mahir dalam bidang ini kerana kerjaya guru bergantung kepada komunikasi. Andainya guru tidak mahir maka penyampaian pengajaran tidak berkesan seterusnya pengajaran tersebut gagal melahirkan pendidikan yang bermutu. Penguasaan guru terhadap bidang ini akan membantu pelajar memahami dengan jelas isu-isu yang dipelajari, membetulkan salah faham dalam kalangan pelajar, memotivasikan pelajar dan kebolehan guru berkomunikasi dengan baik menjadikan guru itu sebagai contoh ikutan (role model) kepada pelajarnya.
Sejarah Pengucapan Awam
Pengucapan awam atau pidato telah dikaji kepentingannya sejak seawal 1000 tahun sebelum masehi lagi. Ahli-ahli falsafah Greek dan Roman telah membuat kajian tentang pidato dan telah membentuk pelbagai teori tentang pengucapan yang berkesan. Plato umpamanya telah menulis secara meluas tentang perkara yang dipanggil retorik tetapi Aristotle adalah orang yang pertama menulis secara menyeluruh tentang perkara ini. Malah sehingga ke hari ini, pemikiran Aristotle telah dijadikan asas oleh pemidato-pemidato.
Secara etimologinya, retorik adalah satu cara pengucapan awam yang seninya khusus untuk ucapan-ucapan di mahkamah-mahkamah perundangan dan perhimpunan orang ramai. Apabila seorang pemidato berucap di khalayak ramai, beliau menjangkakan bahawa audien yang ada di hadapannya adalah mereka yang ingin dipengaruhi, dirayu, ditegur atau diperintah. Gaya penyampaian pengucapan awam sudah tentulah berbeza dengan perbualan harian.
Oleh yang demikian, retorik bolehlah dikatakan sebagai seni pertuturan yang baik tentang penggunaan ucapan dengan cara yang paling menguntungkan.dalam menjalin perhubungan yang erat dengan audiennya dan menggunakan sepenuhnya alat pemikiran dan perasaannya dalam memandu tanggapan-tanggapan audien kepada ucapannya.
Kenapa Pengucapan Awam Penting
Di sini ada beberapa alasan
1. Menjelaskan isi.
2. Melancarkan satu kempen (bagi bertindak).
3. Membentuk kredibiliti (membina kewibawaan).
4. Mempengaruhi undi (contohnya pilihan raya).
5. Membetulkan salah faham (contohnya peguam).
6. Memotivasikan orang lain (mendorong dan mengharap tindakan).
7. Mewujudkan publisiti (membina keterampilan diri).
8. Mempertingkatkan imej diri (menguasai pengetahuan am).
9. Menenteramkan orang yang marah (contohnya kaunselor).
10. Membentuk perhatian yang khusus (fokus kepada penonton dan
kehendak mereka).
11. Memenuhi harapan (seperti mempelawa ataupun merai-kan
seseorang).
12. Menambah pelanggan (seperti membuat jualan).
13. Membentuk personaliti (membina perwatakan).
Jenis-Jenis Pengucapan Awam
Ceramah
takrif – satu proses komunikasi sehala atau dua hala dalam menjelaskan atau memberikan informasi tertentu kepada pendengar .
ceramah bukan sahaja menekankan mesej atau idea yang hendak disampaikan tetapi juga respons daripada khalayak.
ceramah juga dapat dikatakan sebagai satu aktiviti separa formal yang berfungsi menerangkan sesuatu perkara.
disampaikan secara lisan oleh seorang yang berkelayakan tentang sesuatu hal – ekonomi, politik, sosial, agama dan sebagainya.
Taklimat
penerangan ringkas terhadap sesuatu perkara atau satu sesi memberikan penerangan tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan.
disampaikan secara komunikasi dua hala sama ada formal atau tidak.
boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja berdasarkan keperluan tanpa mengira masa, tempat dan melibatkan dua pihak.
Pengumuman
satu proses menyampaikan pemberitahuan atau maklumat kepada pendengar
pemilihan kata yang sesuai dan tepat amat penting
dibuat ditempat-tempat awam sama ada di Lapangan Terbang, Stesen Kereta Api, Terminal Bas/ Teksi, padang atau semasa berlangsungnya sesuatu keramaian.
boleh disampaikan secara berulang-ulang sama ada secara lisan atau pun dirakamkan.
perkataan dan ayat yang digunakan mestilah ringkas, padat dan jelas.
Pengacaraan Majlis
- merujuk kepada keadaan dimana individu yang ditugaskan
untuk mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis,
persembahan dan pertunjukan
individu tersebut mestilah mahir dengan format penulisan teks pengacaraan
individu pengacara mesti menguasai atur cara majlis, atur cara pentadbiran dan teknik menulis teks dan kandungan teks.
individu pengacara mestilah peka kepada penggunaan bahasa yang sesuai, kreatif, berketrampilan, yakin, sentiasa bersedia dan mempunyai ilmu-ilmu yang sesuai dengan majlis.
Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.
Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis letapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-
1. MASA (anggaran)
2. CUE (panduan bagi juruacara)
3. ANN (teks pengumuman)
Bengkel
- aktiviti yang berbentuk lisan berbentuk perbualan dan perbincangan berkumpulan
- dilakasanakan dalam kalangan pelajar atau ahli satu-satu kumpulan.
- berada di bawah penyeliaan guru atau seorang ketua.
- sewaktu perbengkelan ahli berperanan aktif untuk menyatakan segala pandangan, cadangan atau idea
guru atau ketua akan memandu pandangan mereka kepada satu prinsip idea yang menyeluruh.