Kajian kes boleh didefinisikan daripada beberapa segi. Antaranya dari segi proses melaksanakan kajian analisis atau sistem atau dari segi produk (Merriam, 2001). Yin (1994:13) misalnya mendefinisikan kajian kes dari segi proses penyelidikan seperti berikut: "A case study is an empirical inquiry that investigates a contemporary phenomenon within its real-life context, especially when the boundaries between phenomenon and context are not clearly evident". Stake (1994, 1995: 2) pula mendefinisikan kajian kes dari segi unit analisis yang merupakan kes yang dikaji: "The case study is an integrated system. The case could be a child. It could be a classroom of children. An innovative program may be a case. All the schools in Sweden ca be a case... the case is specific, a complex, functioning thing". Manakala Merriam (1998:21) pula mendefinisikan kajian kes dari segi produk. Beliau mendefinisikannya seperti berikut: "A qualitative case study in an intensive, holistic description and analysis of a single instance, phenomenon, or social unit".
Kajian kes adalah kaedah penyelidikan yang biasa digunakan dalam bidang sains sosial dalam bentuk penerangan. Kajian kes ini mendedahkan dan melatih murid sebagai asas menjalankan kajian mengenai tokoh, tempat dan peristiwa dengan mengumpul data, menganalisis maklumat dan dapatan serta melaporkan dapatan.
Kajian kes ini berorientasikan kajian dan penyelidikan maka pendekatan pembelajaran ditentukan dengan menggunakan prosedur kajian. Pengalaman bermakna dan berkesan kepada murid dapat membina minat dan kecenderungan terhadap mata pelajaran sejarah dan juga memahami Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang bersifat saintifik.
Untuk keterangan lanjut tentang kajian kes sebagai metodologi / kaedah kajian, sila rujuk bahan-bahan berikut:
Merriam, S.B. (2001). Qualitative Research and Case Study Application in Education. Jossey-Bass Pub.
Othman Lebar (2014). Penyelidikan Kualitatif. Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Stake, R.E. (1995). The Art of Case Study Research. Sage.
Yin, R.K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. 2nd Edition. Sage.
Kajian kes meningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pasti masalah, merancang, mengolah isi dan memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Murid mendapat pengalaman semasa menjalankan kajian kes. Ini dapat memupuk kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah secara bekerjasama dalam pasukan.
Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan kajian.
Mengaplikasi disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian.
Membentuk sikap dan tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman lepas.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita.
Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang berilmu.
Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid.
Menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi kajian kes.
Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP. Guru perlu membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid:-
Mendapatkan maklumat murid tahu, faham boleh, buat dan seterusnya menguasai berdasarkan Standard Prestasi.
Pentadbir boleh mengambil kira peratusan markah sebagai sebahagian jumlah pentaksiran keseluruhan murid.
Guru boleh membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP.
Pernyataan Masalah
Kajian Literatur
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Sumber Kajian
Analisis Data
Laporan Kajian
Pernyataan Masalah: Guru mengenal pasti Tajuk/ Standard Kandungan
Guru membimbing murid:
Membina pernyataan masalah
Membina objektif kajian
Mengenal pasti kaedah kajian yang sesuai
Proses kerja pelaksanaan kajian kes
Menentukan tempoh kajian
Mengenal pasti bentuk laporan
Guru membimbing murid:
Mengadakan perbincangan secara individu atau kumpulan.
Membina persoalan kajian. Boleh dibina oleh murid atau guru. Ini sebagai panduan untuk murid menjalankan kajian.
Membolehkan murid:
Mendapatkan maklumat berdasarkan persoalan yang dikemukakan.
Persoalan ini akan membantu murid untuk menulis, menganalisis data dan rangka laporan kajian.
Contoh Pelaksanaan Kajian Kes
Tema: Sejarah Awal Negara
Standard Kandungan: Sekolah Rendah
Pernyataan Masalah: Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu dan menjadi kemegahan kepada semua murid.
Isu: Kemegahan murid, kebanggaan sekolah
Satu cara mengumpul maklumat yang tepat bagi perkara yang dikaji atau dibincangkan. Ulasan daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu berkaitan bidang kajian kita. Kajian literatur perlu dilakukan sebelum memulakan kajian. Kajian literatur merupakan nadi kepada kajian yang akan dikaji. Kajian literatur penting kerana memberi idea dan hala tuju kajian yang akan dijalankan. Selain itu, kajian literatur dapat mengumpul maklumat pemboleh ubah yang ingin dikaji, maklumat kerja-kerja penyelidikan yang dibuat (reka bentuk/ subjek kajian/ alat kajian), mengetahui status kajian sama ada telah dikaji atau belum, mengenal pasti ‘lompang’/ gap untuk tentukan masalah kajian yang akan membawa kepada tajuk dan juga kekuatan/ kualiti kajian berasaskan kekuatan kajian literatur.
Guru membimbing murid:
Menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran terhadap kajian-kajian terdahulu.
Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan buku ilmiah, jurnal, dan majalah (Sekurang-kurangnya 3 buah rujukan)
Murid boleh:
Mencari bahan atau sumber untuk menentukan objektif kajian.
Guru membimbing murid:
Membina objektif kajian yang jelas.
Membina objektif kajian yang merangkumi : pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada objektif kajian.
Murid boleh:
Mencari bahan atau sumber untuk menentukan objektif kajian.
Guru membimbing murid:
Menggunakan kaedah kajian yang sesuai untuk menulis kajian kes
Murid boleh:
Kaedah bertulis
Kaedah Lisan
Pemerhatian
Aplikasi KPS:
Menganalisis data
Mengumpul maklumat
Meneroka bukti
Membuat inteprestasi
Guru membimbing murid:
Menentukan sumber rujukan yang sesuai.
Memilih sumber.
Memastikan data yang dikumpul dan dicatat sahih dan benar.
Memastikan bertanggungjawab dengan sumber yang diperoleh sebagai bukti.
Murid boleh:
Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang berkaitan.
Membuat banding beza hasil dapatan dan rujukan berdasarkan objektif kajian yang ditetapkan.
Aplikasi KPS:
Menganalisis data
Mengumpul maklumat
Meneroka bukti
Membuat inteprestasi
Kemahiran Inkuiri
Sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama (primer) dan sumber kedua (sekunder).
Sumber pertama ini terdiri daripada pelbagai bentuk sepertifosil, artifak dan keterangan lisan.
Sumber kedua pula merupakan hasil penulisan seperti buku, majalah, artikel, rencana, surat khabar dan latihan ilmiah.
Untuk keterangan lanjut tentang sumber sejarah, sila rujuk bahan bacaan berikut:
Danny Wong Tze-Ken, Joseph M. Fernando. Mardiana Nordin & Sivachandralingam Sundara Raja. (2006). Sejarah, Sumber dan Pendekatan. Penerbit Universiti Malaya.
Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah. Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shakila Yacob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan Media Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sivachandralingam Sundara Raja & Noraini Mohamed Hassan. (2006). Indeks Artikel Berkaitan Sejarah Malaysia dalam Jurnal Terpilih Tempatan dan Luar Negara. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Joseph M. Fernando. (2004). Panduan Sumber Sejarah di Universiti Malaya. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Orang Sumber
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada paparan di sebelah.
Guru membimbing murid:
Membanding beza dapatan yang diperoleh
Memastikan data yang diperoleh dapat mencapai objektif kajian
Murid boleh:
Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab pernyataan yang dikaji.
Aplikasi KPS:
Menganalisis data
Mengumpul maklumat
Meneroka bukti
Membuat inteprestasi
Guru membimbing murid:
Menulis hasil kajian yang merangkumi:
Tajuk (Pernyataan masalah)
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil/ Dapatan Kajian
Kesimpulan dan Cadangan
Lampiran
Rujukan
Murid boleh:
Menyediakan laporan kajian (1-5 halaman) dalam pelbagai bentuk.
Kerja Projek
Lukisan
Pembentangan
Video
Folio
Esei
Persembahan Power Point
Buku Skrap
Gerak kerja susulan kajian kes boleh mengadakan pameran dan pembentangan yang mudah mengikut aras murid. Antara strategi PdPc yang boleh digunakan semasa melaksanakan kajian kes seperti kaedah inkuiri penemuan, konteksual, kajian masa depan, pembelajaran masteri, akses kendiri, pelbagai kecerdasan serta penggunaan ICT.
a. Pemilihan Tajuk (Kajian Peristiwa)
b. Mengenal pasti masalah dan membina hipotesis
Sekolah saya merupakan sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan. Buktikan pernyataan tersebut.
Arahan:
Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.
Bilakah sekolah anda ditubuhkan?
Siapakah Guru Besar sekolah anda sekarang?
Senaraikan nama Guru Besar yang pernah berkhidmat sekolah anda sejak penubuhannya?
Nyatakan kejayaan sekolah anda yang boleh dibanggakan dari aspek Kurikulum dan Kokurikulum.
Siapakah tokoh-tokoh yang pernah belajar di sekolah anda?
Bagaimanakah anda melahirkan perasaan rasa bangga terhadap sekolah?
Guru mengenal pasti tajuk / tema
1.3.3 Sejarah sekolah saya
Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:
Menyatakan sejarah penubuhan sekolah.
Mengenalpasti Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah anda sejak penubuhannya.
Menyenaraikan kejayaan yang pernah dicapai oleh sekolah anda dalam bidang akademik dan kokurikulum
Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif
PERANCANGAN GURU
Menetapkan tempoh kajian
Membentukan kumpulan (jika perlu)
Memberi tugasan - berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
Kaedah kajian perpustakaan
Kaedah temubual
Menentukan bentuk laporan-buku skrap /persembahan/ pembentangan
Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap
Hasil Laporan :
Mengandungi 1 – 5 halaman
Merangkumi Tajuk (Pernyataan masalah), Pendahuluan, Objektif, Kaedah Kajian, Hasil/Dapatan Kajian, Kesimpulan dan Cadangan, Lampiran dan Rujukan
(Untuk contoh, sila klik paparan di sebelah)