Dokumen ialah maklumat yang diwujudkan, sama ada dalam bentuk kertas, atau imej yang diimbas atau secara elektronik, yang masih boleh dipinda atau diubah. Dokumen yang telah dimuktamadkan mungkin berakhir sebagai rekod jika dokumen tersebut merupakan bukti transaksi urusan kerajaan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa rekod bermula daripada dokumen.
bertaip, bertulis, trengkas, atau bercetak
fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif foto, filem, jalur suara dan rakaman
Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam penulisan dokumen rasmi kerana bentuknya yang agak formal.
Penulisan dokumen rasmi sangat mementingkan penggunaan bahasa baku atau bahasa Melayu standard.
Penulisan ini juga menitikberatkan ketepatan ejaan berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, serta penggunaan imbuhan dan susunan ayat yang gramatis - biasanya menurut panduan yang telah digariskan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam buku Tatabahasa Dewan.
Penggunaan perkataan atau istilah saduran yang dipinjam terus daripada bahasa asing juga tidak digalakkan sekiranya terdapat pilihan perkataan yang lebih sesuai. Antaranya ialah: belanjawan/bajet (bahasa Inggeris: budget), yuran/fi (bahasa Inggeris: fee), dan perbincangan/diskusi (bahasa Inggeris: discussion.)
Penggunaan singkatan dalam perkataan/frasa/ayat juga akan dielakkan dalam gaya penulisan dokumen rasmi.
Gelaran kehormat seperti Dato’, Datuk, Datuk Seri, dan Tan Sri juga biasanya akan digunakan dalam bentuk penuh.
Penulisan dokumen rasmi berformat seperti memo, surat rasmi, minit mesyuarat dan kertas kerja juga perlu ditulis berdasarkan gaya bahasa dan formatnya yang tersendiri.
Gaya penulisan dalam dokumen-dokumen urusan rasmi digunakan secara meluas dalam penerbitan jabatan kerajaan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah serta institut pengajian tinggi tempatan.
4 modul yang disediakan direkabentuk dan disusun untuk membantu guru-guru dan pegawai bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap penyediaan dokumen melalui pendekatan dalam talian.
Modul ini menyediakan bahan bantu berbentuk video tutorial dan contoh yang sesuai bagi memudahkan kefahaman para peserta membina Dokumen Rasmi secara betul dan tepat bagi kegunaan semua jabatan kerajaan.
Panduan dan tip tambahan diberikan bagi memudahkan para peserta membina dan menyediakan Dokumen Rasmi dengan lebih baik secara dalam talian
Modul 1 memberi pendedahan kepada peserta tentang proses penyediaan surat rasmi yang betul mengikut format seperti yang dikeluarkan oleh INTAN bagi kegunaan seluruh jabatan awam.
Modul 2 akan memandu arah para peserta merancang penyediaan mesyuarat pada sebelum, semasa dan selepas mesyuarat dengan lebih teratur dan sempurna mengikut format rasmi jabatan kerajaan.
Modul 3 akan menunjukkan kaedah dan format yang betul bagi menyediaan dan penulisan Memo dalaman bagi jabatan kerajaan.
Modul 4 akan membantu para peserta bagi penyediaan Kertas Kerja asas bagi sebarang program atau aktiviti bagi jabatan kerajaan.