Kertas kerja lebih merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar.
Kertas kerja juga dibenarkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu.
Draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya.
Kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar.
Penyediaan kertas kerja juga bergantung kepada jenis audien yang menjadi sasaran.
Contohnya, kertas kerja untuk dibentangkan dalam sesuatu seminar dengan kertas kerja untuk membentangkan cadangan bagi sesuatu projek atau kajian perlu diberi penekanan yang berbeza.
Tajuk
Nama penceramah
Nama institusi
Abstrak (sinopsis/ringkasan)
Pengenalan
Perkaedahan
Keputusan
Perbincangan
Rujukan
Lampiran
Tajuk
Rasional
Objektif/matlamat
Jangka masa diperlukan
Kumpulan sasaran
Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa membuat kajian/projek
Sumber kewangan - perbelanjaan yang diperlukan
Penubuhan jawatankuasa
Menentukan jadual tugas
Pelaksanaannya
Sebelum kertas kerja ditulis, penulis perlu melakukan tindakan-tindakan berikut:
Audien ialah khalayak langsung dan serta merta
Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu.
Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan sasar sebelum menulis kertas kerja berkaitan.
Pastikan kertas kerja itu untuk tujuan memberi panduan bagi meneroka bidang-bidang pengeyahuan baru. Kertas kerja begini adalah berbentuk tinjauan.
Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu. Kertas kerja begini adalah berbentuk deskriptif.
Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Kertas kerja begini adalah berbentuk penjelasan.
Tentukan kertas kerja itu untuk mencadangkan tindakan-tindakan tertentu. Kertas kerja begini adalah berbentuk perumusan.
Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya penulisan sesuatu bahasa yang digunakan
Penulis juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik:
keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus.
kebolehanbacaan, iaitu memilih perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien
memenuhi kehendak pembaca, iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas.
Kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris.
Petikan-petikan yang melebihi dua baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau satu baris.
Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan.
Bahagian sinopsis merupakan ringkasan atau abstrak bagi kertas kerja. Bahagian ini penting untuk memberi gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi 200 patah perkataan.
Bahagian pengenalan merupakan mukaddimah, iaitu bahagian yang menerangkan latar belakang kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi dua muka surat.
Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi huraian tajuk, keterangan, penjeloasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.
Bahagian penutup memuatkan rumusan atau saranan (jika ada) dan ringkasan kertas kerja berkaitan.
Lampiran meliputi bibliografi, gambar rajah, glosari dan sebagainya.