Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Mei 2024 | Sabtu
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar, SMK Sungai Burong
Penganjur : PIBG SMK Sungai Burong
Dirasmikan oleh : YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia
Peserta : Semua ibu bapa, penjaga, guru dan kakitangan SMK Sungai Burong
8.00 pagi
Kehadiran guru-guru SMK Sungai Burong dan Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga secara bersemuka.
9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Ke-39
Ucapan Alu-aluan YDP PIBG : En Zainal 'Abidin bin Md Zain
Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38
Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahun 2023
Perkara berbangkit (jika ada)
Membentang dan membahas usul (jika ada)
Pelantikan AJK PIBG Tahun 2024/2025
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan
10.30 pagi : Ketibaan Perasmi dan Majlis Perasmian
Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan YDP PIBG : En. Zainal Abidin bin Mohd Zain
Ucapan Pengetua SMKSB : Tn. Hj. Mohd Anuar bin Mat Salleh
Ucapan Perasmian : YB. Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad (Menteri Kesihatan Malaysia)
Cabutan bertuah
Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi
Jamuan VIP dan Para tetamu
12.00 tengah hari : Bersurai
Dalam mesyuarat agung ini, PIBG dan pihak sekolah bersetuju untuk melancarkan tabung Infak Gajah Menyusu [Laluan Berbumbung] bagi tujuan mengutip dana pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang kira-kira 130 meter, bermula dari pintu pagar sehingga ke bangunan parkir motosikal guru/staf. Sasaran sebanyak RM200,000 telah diletakkan untuk tujuan ini.
Tabung Infak Meja SuBur telah dilancarkan semasa bulan Ramadan 1445H yang lalu bertujuan untuk mengumpul dana pembelian meja bagi tujuan peperiksaan di Dewan Tan Sri Noh Omar, SMK Sungai Burong. Hal ini perlu kerana sekolah menghadapi masalah kekurangan meja khas untuk peperiksaan. Pergerakan meja dan kerusi dari kelas-kelas yang terlibat, terutamanya pelajar tingkatan 5 mengakibatkan meja-meja tersebut mengalami kerosakan.
Rumusan kehadiran mesyuarat agung PIBG