MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38, SESI 2023/2024

Banner promosi yang digantung di luar pagar sekolah.

Backdrop pentas

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

ATURCARA PROGRAM


2.00 petang : 

~ Kehadiran dan Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga


2.30 petang : 

Mesyuarat Agung PIBG Ke -38

~ Ucapan Alu-aluan YDP PIBG - En Zainal Abidin bin Mohd Zain

~ Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 37

~ Membentang, Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Tahun2022/23

~ Perkara Berbangkit (jika ada)

~ Membentang dan membahas usul (jika ada)

~ Pelantikan AJK PIBG Tahun 2022/ 2023

~ Hal-hal Lain

~ Ucapan Penangguhan


3.00 petang : 

Ketibaan Perasmi :- Majlis Perasmian

~ Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

~ Lagu Negaraku

~ Bacaan Doa

~ Ucapan Penolong Kanan HEM (YM Raja Aznoor bin Raja Ma’arof

~ Ucapan YDP PIBG - En. Zainal Abidin bin Mohd Zain

~ Ucapan Perasmian

YB. Dato’ Mohd. Shamsudin bin Lias (DUN Sg. Burong)

~ Cabutan Bertuah


4.30 petang : 

Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi

~ Jamuan VIP dan Para Tetamu


5.30 petang : 

Bersurai


ULASAN PROGRAM

MESYUARAT AGUNG PIBG

Ibu bapa telah mula hadir seawal jam 2.00 petang dan mendaftar kehadiran secara dalam talian menggunakan Google Forms. Mesyuarat dimulakan pada jam 2.45 petang dengan tayangan montaj bertajuk Sorotan SuBur 2022 yang disediakan oleh En Mohd Sukri. YDP PIBG telah memulakan mesyuarat sehingga pembentangan usul ibu bapa. Pada jam 3.10 petang, perasmi jemputan, YB Dato' Hj Mohd Shamsudin bin Lias telah hadir dan seterusnya mesyuarat ditangguhkan sementara majlis perasmian berlangsung.


MAJLIS PERASMIAN

Ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Tn Hj Kassim kepada semua tetamu jemputan, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya, bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul. Ucapan dimulakan oleh YM Raja Aznoor, PK HEM SMK Sg Burong, mewakili Pengetua yang sedang menunaikan haji. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan berita gembira tentang keputusan SPM 2022 yang menyaksikan peningkatan dan mencapai GPS terbaik, iaitu 5.19 dan peratus layak sijil 97%. Selain itu, ia juga adalah LONJAKAN SAUJANA dengan peningkatan sebanyak 0.95 dalam GPS. Seterusnya, diikuti oleh ucapan En Zainal 'Abidin bin Md Zain, YDP PIBG. Beliau mengajak ibu bapa agar bersama-sama pihak sekolah menggembleng  tenaga meningkatkan pencapaian akademik dan kemenjadian anak-anak pelajar SMKSB.

Acara diteruskan dengan ucapan perasmi, YB Dato' Hj Mohd Shamsudin bin Lias, ADUN Sungai Burong. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan ibu bapa atas kejayaan cemerlang dalam SPM 2022 yang telah diumumkan oleh YM Raja Aznoor. Beliau juga mengumumkan beberapa sumbangan kepada pihak sekolah; 

Setelah selesai merasmikan majlis, beliau sempat membuat 10 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023. Selepas itu, beliau diiringi oleh YM Raja Aznoor bersama-sama pentadbir sekolah yang lain menikmati jamuan di Bilik Murabbi sebelum meninggalkan sekolah.


MESYUARAT AGUNG PIBG (sambungan)

Pada jam 4.28 petang, Mesyuarat Agung PIBG diteruskan lagi oleh YDP PIBG dengan membahaskan usul oleh beberapa ibu bapa yang hadir secara lisan. Antara usul yang banyak dibincangkan ialah berkaitan masalah tandas yang kerap rosak, penyediaan parkir berbumbung untuk motosikal pelajar dan penyediaan mesin penapis air untuk kegunaan pelajar.

Setelah selesai membincangkan usul, mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/2024. Terdapat beberapa lantikan baharu dalam kalangan AJK ibu bapa/penjaga. Walaubagaimanapun, En Zainal 'Abidin masih kekal sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. Tn Hj Kassim juga mengumumkan kutipan derma kilat sepanjang mesyuarat berlangsung ialah sebanyak RM734.00.

Sebelum tamat, sesi cabutan bertuah diteruskan untuk 20 cabutan lagi (kesemua 30 x RM50/cabutan) yang disampaikan oleh En Zainal 'Abidin dan ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pihak sekolah diwakili oleh En Tarmimi kepada En Zainal 'Abidin.

Majlis tamat pada jam 5.50 petang.

BUKU PROGRAM

KERTAS KERJA/ SURAT MENYURAT

Notis Mesyuarat Agung PIBG

LAPORAN PROGRAM

KEHADIRAN

LAPORAN

SEBAHAGIAN GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Video montaj - Sorotan SuBur 2022/2023

(oleh En Mohd Sukri)

FOLDER GOOGLE DRIVE GAMBAR/VIDEO PROGRAM