Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 Tahun 2022
Banner promosi cabutan bertuah sempenan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 tahun 2022.
LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Mei 2022 (Khamis)
Masa : 2:00 - 6:00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar (TSNO) SMK Sg Burong
Penganjur : PIBG SMK Sg Burong
Peserta : Ibu bapa/penjaga, Semua guru dan kakitangan serta Pengawas Sekolah yang bertugas, SMK Sg Burong
ULASAN PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG
Kehadiran ibu bapa/penjaga dan guru/kakitangan diambil menggunakan QRcode melalui Google Forms.
Mesyuarat Agung PIBG bermula pada jam 2:30 petang, dihadiri oleh 147 orang penjaga.
Pelantikan 6 orang AJK baharu dalam kalangan ibu bapa/penjaga sebagai tambahan kepada AJK PIBG sedia ada.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni.
Cabutan bertuah untuk 30 orang pemenang bertuah dibuat setelah selesai mesyuarat, disempurnakan oleh Pn Nen Fadzilah (Pengetua), En Zainal Abidin (YDP PIBG) dan YM Raja Aznoor (PK HEM) sementara menunggu kehadiran tetamu kehormat YB Tan Sri Noh Hj Omar selaku perasmi majlis.
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
YB Tan Sri Noh Hj Omar (TSNO) hadir pada jam 5:00 petang.
Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada YB TSNO atas segala usaha, sokongan dan sumbangan beliau kepada pihak sekolah dalam pelbagai bentuk pembangunan. Tn Pengetua juga membuat beberapa permohonan sumbangan daripada YB TSNO agar dipertimbangkan, antaranya
laluan gajah menyusu berbumbung dari pintu pagar ke blok akademik,
struktur berbumbung di gelanggang bola baling,
membina 'ramp' untuk naik ke kaki lima sekolah yang tinggi akibat tanah yang terus mendap,
memperbaiki jalan masuk sekolah yang kerap ditenggelami air apabila berlaku hujan lebat,
kerusi plastik untuk pelajar yang boleh digunakan dalam pelbagai program perhimpunan di dataran berbumbung untuk keselesaan pelajar.
JK PIBG telah melancarkan tabung derma kilat yang akan disumbangkan kepada tabung PIBG SMKSB. Hasil kutipan sebanyak RM1321 telah berjaya diperoleh, dimulakan sendiri oleh YB TSNO dan seterusnya kepada semua hadirin.
Dalam ucapannya, YB TSNO mengumumkan sumbangan baharu sebanyak RM10,000 untuk tabung PIBG, RM5,000 untuk tabung Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) dan sumbangan kerusi plastik pelajar sebanyak 500 buah, sebagai respon terhadap permohonan Tn Pengetua kepada YB.
Selain itu, beliau menekankan pembelajaran secara digital pasca pandemik dengan menekankan sumbangan komputer pelajar bernilai RM80,000 yang telah diumumkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 tahun 2021 yang lalu.
Majlis tamat dan bersurai sekitar jam 5.55 petang.
Analisis kehadiran mesyuarat agung PIBG.
BUKU PROGRAM/ PAMPLET
SEBAHAGIAN GAMBAR SEKITAR MAJLIS/PROGRAM
Video montaj himpunan program/aktiviti sepanjang sesi persekolah 2021/2022.
Video montaj sumbangan-sumbangan mega YB TSNO sepanjang 7 tahun ke belekangan ini kepada PIBG dan sekolah SMKSB.