PANDUAN VIDEO LENGKAP GURU MENCIPTA TUGASAN (ASSIGNMENT) GOOGLE CLASSROOM MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS, SHEETS, SLIDES, DRAWINGS DAN GOOGLE FORM
Unit Pembelajaran PPD Batu PahatLaman web ini dibangunkan untuk membantu Admin GC sekolah menguruskan ID KPM dan Googgle Classroom. Dibangunkan dan selenggara oleh PPD Batu Pahat.
Terdapat juga borang aduan terhadap masalah Google Classroom yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Akhir sekali, disediakan juga link-link rujukan untuk mengurus Google Classromm di sekolah.
Video ini menerangkan cara untuk anda login masuk ke Portal DELIMa menggunakan handphone anda.
Terima kasih kepada cikgu Pravin Kumar dari sekolah SK Seri Bertam, Yong Peng, Batu Pahat kerana telah menyediakan video ini.
Selamat mencuba...
Aplikasi Zepeto boleh digunakan untuk menghasilkan animasi mudah dan menarik di handphone anda.
Anda boleh install aplikasi Zepeto di handphone melalui Play Store.
Sila tonton video Youtube untuk cara install dan menggunakan Zepeto di handphone anda.
Selamat mencuba...
Portal yang menghimpunkan video pendidikan, panduan untuk guru, bank soalan, pelan guru, blog pendidikkan dan sebagainya (knowledge sharing platform ).
Untuk menlayari portal ini, pengguna perlu login dengan menggunakan ID KPM (xxxxx@moe-dl.edu.my)
E-CLASS @ Digital Classroom
Channel ini mempunyai banyak video pembelajaran dan tedapat juga kelas-kelas secara online. Jika murid terlepas kelas secara online, murid boleh melihat rakaman rancangan tersebut.
Terdapat juga group info dan makluman untuk murid dan ibubapa berkaitan e-class anjuran bersama Digital Classroom (DC) Malaysia dan Microsoft disokong oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia.
(sila klik/tekan untuk join)
TERKINI: Kursus lengkap untuk membantu cikgu-cikgu meningkatkan kemahiran mengajar dalam talian!
Kursus ‘Komuniti Guru Digital Learning’ (KGDL) kini dibuka. Sertai sekarang untuk menyertai kohort pertama yang yakin melaksanakan e-pembelajaran sekarang!
Belajar mengikut kesesuaian masa sendiri dan tonton video sambil belajar. Penyertaan kursus adalah percuma dan sijil disediakan untuk peserta yang lulus.
KGDL dibawakan khas oleh KPM bersama UNICEF Malaysia dan boleh diakses terus dari pelantar Digital Learning atau https://bit.ly/komunitiguruDL .
Jom sertai sekarang! Jangan lupa untuk hebahkan kepada rakan-rakan guru kita!
Kepada guru-guru yang ingin merekod kehadiran dan suhu pelajar dengan menggunakan QRcode boleh melihat tutorial Cikgu Matt di Youtube.
Melalui kaedah ini dapat menjimatkan masa dalam proses merekod suhu pelajar yang hadir ke sekolah.
Terima kasih kepada Cikgu Matt yang menghasilkan tutorial ini.
Selamat mencuba cikgu!
Berikut ini adalah video penerangan untuk membina soalan subjektif dengan menggunakan Google Form.
Seterusnya guru-guru boleh menanda jawapan murid secara auto dan memberikan komen kepada jawapan anak murid anda.
Selamat mencuba cikgu...
Bagi guru-guru prasekolah atau sekolah rendah yang belum cuba kelas maya, bolehlah cuba aplikasi ClassDojo.
Lengkap dengan aktiviti (penulisan, lukisan, video, foto, etc) yang dikumpulkan dalam portfolio dan unsur-unsur gamifikasi.
Laman blog huszarudin.blogspot menyediakan panduan untuk guru membuat streaming video langkah demi langkah dan guru juga boleh download nota tersebut untuk dicetak. Beliau juga menunjuk cara menggunakan kalendar untuk memudahkan tugas guru.
Video ini menerangkan cara untuk menggunakan perisian percuma, Debut Capture untuk rekod skrin dan slaid anda dengan mudah dan cepat. Yang paling penting ianya percuma!
Jom kita cuba...
Microsoft Form mempunyai kelebihan berbanding dengan Google Form dimana guru boleh menggunakan beberapa kemudahan tanpa perlu adds on kerana semuanya telah build in.
Ia juga mempunyai AI yang mana dapat memberikan cadangan untuk soalan berikutnya (dalam soalan matematik) yang dapat menjimatkan masa guru.
Guru dicadangkan untuk log in dengan menggunakan email KPM kerana akan dapat lebih kemudahan berbanding email biasa.
Selamat mencuba.
Top 5 add-onn untuk Google Form yang perlu digunakan oleh guru dalam menghasilkan Form yang baik dan menjimatkan masa.
Guru juga boleh convert soalan dalam Microsoft Doc kepada Google Form
Selamat mencuba cikgu...
Google Meet telah update beberapa features baru. Terkini Google Meet membenarkan pengguna share video dalam meeting, yang mana ahli mesyuarat dapat melihat dan memdengar video.
Selain itu ada beberapa update lain yang memudahkan pengguna.
Satu lagi cara yang menarik perhatian murid adalah menggunakan kaedah komik untuk bahan pengajaran.
Melalui perisian Pixtron, guru boleh menghasilkan bahan PdP dengan mudah.
Bagi yang belum mencuba Pixton, boleh cuba.
Kaedah mudah untuk hasilkan bahan pengajaran berasaskan Komik
Selamat mencuba!
Kelebihan Microsoft Kaizala
Kumpulan Perbincangan : Boleh uruskan Group dan Subgroup (Contoh Tahun 1 dan dibawah Tahun 1 boleh dipecahkan nama kelas-kelas kecil atau Matapelajaran)
Kuiz : Boleh buat kuiz dan terus keluar markah selepas jawab di dalam MS Kaizala itu sendiri
Attendance : Boleh pantau kehadiran dan keberadaan mereka semasa musim PKP berdasarkan GPS dan Gambar Lokasi
Auto Crop Camera : Ada kerja nak dihantar ? Tekan aplikasi kamera dalam MS Kaizala dan anda boleh snap dan autocrop buku atau whiteboard untuk dihantar tanpa perlu aplikasi pihak ketiga
Training : Boleh buat kursus kecil dengan memasukan bahan-bahan video, link dan gambar dan selepas itu peserta boleh menjawab soalan-soalan training
Permainan uji minda : Ada sub permainan kecil seperti chess, tic-tac dan trivia sesama ahli group untuk mencabar minda.
Kad Peneguhan : Cikgu boleh hantar kad galakan well done, good job dan sebagainya kepada murid yang berjaya habiskan task
Data rendah : Ramai guru dan parent mengadu kehabisan data dan line yang perlahan. MS Kaizala menggunakan data hanya serendah 2G untuk berfungsi tidak seperti telegram dan whatsapps yang memerlukan internet yang stabil.
Undian terbina dalam : Boleh buat poll undian dan data undian terus masuk dalam MS Excell untuk analisis kemudian.
Tutorial Bahasa Melayu boleh dilayari menerusi https://youtu.be/5fN5wmiFOZ4
* Install sekarang di smart phone anda melalui Play Store
Dalam playlist Youtube Cikgu Suffi ini, penonton boleh mempelajarai semua yang berkaitan dengan Google Classroom (GC). Himpunan lebih daripada 100 video boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan pengetahuan berkenaan dengan GC.
Semoga dengan perkongsian ini, diharapkan keupayaan dan pengetahuan guru untuk menggunakan GC akan meningkat.
Tutorial lengkap membina nota dan latihan dalam Google Classroom HANYA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR ANDA..
Laman blog ini mengajaar guru cara-cara untuk menggunakan Hangouts Meet bagi tujuan mengajar menggunakan sidang video bersama pelajar atau bermesyuarat bersama-sama rakan guru yang lain.
Selamat mencuba!
Buat kuiz mudah dengan sistem robot dalam telegram dengan sistem penandaan automatik beserta dengan ranking betul dan pantas .