Himpunan video-video terbitan guru negeri Johor. Video di susun mengikut tahun, tingkatan serta matapelajaran bagi memudahkan pencarian video PdP.
Untuk guru-guru negeri Johor yang ingin menyertai pasukan CikgooTube, anda boleh mendaftar di laman web ini dan share video link anda untuk kegunaan bersama.
>>Daftar Nama Anda untuk terpilih bengkel di peringkat kebangsaan dan negeri
Maklumat lanjut layari :
Portal Rasmi : https://cikgootube.net/
Page Rasmi : https://web.facebook.com/cikgooTUBE
Portal yang menghimpunkan bahan PdP, antaranya ialah Pandai Video yang mengambil inisiatif bagi menyusun video pendidikan yang tersedia secara umum dan mengkategorikannya berdasarkan kurikulum sekolah Malaysia (KSSR & KSSM). Setiap video dipadankan ke tahun, subjek, bab dan topik yang sesuai mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Inisiatif ini adalah usaha komuniti untuk menyediakan semua pelajar sekolah akses video pendidikan yang baik secara percuma dan mudah. Sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada usaha ini dengan menghantar video baru .
PUSAT TUISYEN AYU - PERCUMA! #AkademiYoutuber
Pusat tuisyen PERCUMA pertama di Malaysia yang membawakan kepada anda guru-guru PAKAR dari seluruh negara. Pusat Tuisyen AYU menghimpunkan guru-guru pakar yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara namun tetap ingin menyumbang untuk pendidikan negara.
https://www.youtube.com/playlist?list=PLBQRdFmt_V3r4viPwYYp5o3lnCaG2pQtt
#AkademiYoutuber #Bahasa #Matematik #Sains
Dah nak mula PdPR yang tak tahu sampai bila ni.. Pasti ramai guru-guru yang hendak hasilkan video..
Apa yang dikongsi ini berdasarkan pengalaman youtuber ini, dan beliau pilih (pada pendapatnya) kaedah paling MUDAH walaupun PERCUMA tetapi BERKESAN...
Jom cikgu2 kita ubah.. tonton sehingga tamat insyaAllah guru-guru semua mampu hasilkan video PDPC sendiri selepas ini..
Kongsi juga degan rakan-rakan guru yang lain..
Channel youtube ini adalah hasil Cikgu Faruze dari JPNJ yang banyak share teknik dan kaedah yang boleh membantu para guru dalam PDPC abad ke-21 ini.