Mari kembara mengenai sejarah bahasa Melayu
Peranan NGO penting bagi memartabatkan Bahasa Melayu berikut merupakan beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan.
Pendidikan dan Kesedaran
NGO boleh mengadakan kempen pendidikan dan kesedaran untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan harian, pendidikan, dan budaya.
Sumber Pendidikan
NGO boleh menyediakan sumber-sumber pendidikan dalam bentuk buku, aplikasi mudah alih, atau bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu untuk membantu peningkatan kemahiran bahasa.
Pemartabatan Bahasa Melayu dalam Media
NGO boleh menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam media tempatan, seperti akhbar, majalah, dan siaran televisyen. Contohnya, persatuan linguistik Melayu (PLM ) membuat siaran langsung di media sosial bagi mendedahkan bahasa Melayu.
Aktiviti Kebudayaan
NGO boleh menganjurkan aktiviti budaya seperti pertandingan penulisan kreatif, persembahan teater, atau festival bahasa Melayu untuk memupuk minat dalam bahasa ini.
Sokongan kepada Komuniti Berbahasa Melayu
NGO boleh memberikan sokongan kepada komuniti yang memerlukan bantuan dalam memperbaiki kemahiran berbahasa Melayu, seperti kursus tatabahasa atau tuisyen.
Sebagai Advokasi
NGO boleh berperanan sebagai jurucakap untuk bahasa Melayu di peringkat kerajaan dan mendorong dasar-dasar yang menyokong penggunaan bahasa Melayu.
Peranan Angkatan sastera 50 (ASAS 50)