Mari kembara mengenai sejarah bahasa Melayu
Cabaran bahasa Melayu dalam sistem pendidikan pada masa hadapan.
Pendahuluan
Sehingga kini, bahasa Melayu masih lagi tidak dapat diperkasakan walaupun Malaysia telah lama memperoleh kemerdekaaan. Hal ini kerana terdapat beberapa cabaran dan halangan yang menyebabkan masalah ini berlarutan. Persoalannya apakah cabaran bahasa Melayu dalam sistem pendidikan pada masa hadapan ?
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara pada masa hadapan.
logo Kerajaan Malaysia
Terdapat kekeliruan dalam masyarakat malaysia berkenaan nama yang harus dipanggil sama ada "bahasa Melayu" atau "bahasa Malaysia". Pada tahun 1986, istilah bahasa Malaysia diubah ke bahasa Melayu. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. Tetapi pada tahun 2007, kabinet membuat keputusan "bahasa Melayu" kepada "bahasa Malaysia" dan mengarahkan semua kementerian, universiti, IPT dan agensi kerajaan perlu menggunakan istilah baru ini. Hal ini bertujuan untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat .
politik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan negara bangsa. Dasar-dasar kerajaan memainkan peranan dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, wawasan 2020, wawasan 2030, penyata Razak, dan laporan Rahman Talib 1960. Walau bagaimana pun ,terdapat beberapa dasar yang tidak sesuai dan merencatkan pemerkasaan bahasa Melayu.
Jika diperhatikan banyak bahasa asal yang diubah menjadi ringkas atau lebih mudah disebut diatas alasan perkataan asal terlalu panjang untuk disebut. Masyarakat menggunakan bahasa rojak ini dalam kehidupan seharian. Kepesatan teknologi kini tertutamanya platform media sosial yang popular seperti TikTok, What's app, dan Instagram menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa yang tidak konsisten dalam sistem pendidikan menyebabkan berlaku masalah dalam pemerkasaan bahasa Melayu. Selepas merdeka kerajaan telah berusaha memartabatkan bahasa Melayu setelah mengubahsuai sistem pendidikan British dan Jepun supaya mengikut acuan sendiri. Namun penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan matematik bagi menyaingi negara lain di peringkat global menyebabkan penggunaan bahasa melayu tidak mantap.
Jumlah sekolah vernakular sepatutnya berkurangan sepanjang tahun jika penggunaan bahasa Melayu telah diperkasakan. Ini menyebabkan jumlah pembinaan sekolah vernakular baharu meningkat dan menyebabkan masyarat lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing.
Kebanyakkan universiti menawarkan kursus bahasa Inggeris dengan alasan sumber rujukan utama bahan-bahan ilmiah dalam bahasa Inggeris. Ini memberikan kesan kepada individu yang mengambil jurusan ini menyebakan mereka telah terbiasa menggunakan bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu.
Persepsi serong segelintir masyarakat terhadap kedudukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris berkaitan keperluan negara dan kepentingan antarabangsa menyebabkan kedudukan bahasa Melayu goyah.
Bahasa Inggeris yang kembali mendominasi negara mula mengambil alih kedudukan bahasa Kebangsaan.Contohnya pengenalan sistem pengajaran dan pembelajaran bagi subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Ini membuka peluang kaum lain untuk memperjuangkan bahasa mereka. Walaupun perlembagaan Malaysia menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, realiti kita seolah-olah tidak mematuhi perlembagaan tersebut.