Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.
Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu.
Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
MULA DIPERKENALKAN DALAM SUKAN OLIMPIK
Lompat tinggi mula dipertandingkan pada pada zaman Greece. Rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19 dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu.