Terdapat 4 fasa dalam teknik lompat tinggi iaitu:
FASA PENUJUAN
FASA LONJAKAN
FASA LAYANGAN
FASA PENDARATAN
Larian kandas menghala ke palang
Melakukan tindakan melonjak kaki untuk menaikkan badan
Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
Sentuhan dan posisi badan ketika mendarat di tempat mendarat.
Penujuan
1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.
2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.
3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. .
Lonjakan
1. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.
2. Kaki di hadapan badan.
3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.
5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.
6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.
Layangan
1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.
2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.
3. Kedua-dua lutut dibengkokkan.
4. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.
Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendak menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.
Penujuan
1.Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah.
2.. Pelompat menggunakan 7 -9 langkah.
3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Lonjakan
1.Pelonjak melonjak dengan kaki luar.
2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
Layangan
1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.
3. Kaki lonjak dihayun ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki