STANDARD 1

Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran

The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),

American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and National Education Association


Melalui Standard 1 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang boleh dipilih oleh guru berpandukan kepada tujuan pentaksiran dijalankan sama ada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal.

PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.