PENGENALAN


PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU 

MENGGUNAKAN MODUL KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU 

(e-KomPeG) 

Program Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru ini mula dilaksanakan sejak tahun 2016 menggunakan Modul e-KomPeG sebagai medium utama dalam menyampaikan pengisian pentaksiran kepada semua guru. Modul ini juga merupakan satu wadah untuk pendidik terutamanya para guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pentaksiran.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan menatarkan modul e-KomPeG kepada hampir 40,000 orang guru mengikut zon. Perbelanjaan untuk perjalanan program ini adalah menggunakan peruntukan dari Lembaga Peperiksaan dan juga Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Modul e-KomPeG ini telah diwujudkan secara dalam talian pada tahun 2016 juga menggunakan platform Schoology dan akses serta kata laluan dibuka kepada guru-guru mengikut zon. Terdapat beberapa limitasi dalam menggunakan platform Schoology dan pada tahun 2021 modul e-KomPeG telah dimigrasi ke platform rasmi KPM iaitu DELIMa.

Modul e-KomPeG dibina berdasarkan tujuh (7) standard dalam The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student, 1990 yang dibangunkan oleh American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education dan National Education Association. 7 standard ini telah dipecahkan pembinaannya kepada tiga (3) peringkat iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan. 

Peringkat Asas melibatkan dua standard dan dibina secara kolaborasi bersama-sama pensyarah dan penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Peringkat Pertengahan pula melibatkan tiga standard dan pengisian modul dibina secara kolaboratif bersama-sama World Bank Group.

Peringkat Lanjutan pula akan melibatkan dua standard dan pengisian modul akan dibina bersama--sama bahagian di dalam KPM.

PERINGKAT PEMBANGUNAN MODUL e-KomPeG





Kolaboratif bersama

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Peringkat Asas 

Tahun: 2015-2016

Standard 1: Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran. 

Standard 2: Kemahiran dalam membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan dengan pengajaran. 

Kolaboratif bersama

World Bank Group

Peringkat Pertengahan

Tahun: 2020-2021

Standard 3: Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau daripada ujian buatan guru.

Standard 4: Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai murid secara individu, perancangan mengajar, pembinaan kurikulum dan pemajuan sekolah.

Standard 5:Kemahiran dalam membina prosedur-prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil pentaksiran murid.



Akan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian dalam

Kementerian Pendidikan Malaysia

Peringkat Lanjutan

Tahun: 2022-2023

Standard 6: Kemahiran dalam menyampaikan hasil-hasil pentaksiran kepada murid, ibu bapa, pendidik yang lain dan pihak yang berkepentingan 

Standard 7: Kemahiran mengenalpasti kaedah pentaksiran dan penggunaan maklumat pentaksiran yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan tidak sesuai.

Montaj ekompeg.mp4

MONTAJ e-KomPeG

POSTER e-KomPeG

TUTORIAL MODUL e-KomPeG

FAQ e-KomPeG

S: Kenapa saya tidak boleh mengakses bahan atau kandungan di dalam e-KomPeG?

J: Peserta haruslah mengakses e-KomPeG menggunakan emel DELIMa KPM supaya dapat mengakses bahan atau kandungan di dalam e-KomPeG


S: Adakah e-KomPeG memberikan sijil khusus setelah tamat mengikuti sebahagian/semua kandungan di dalam e-KomPeG?

J: Pada tahun 2022, e-KomPeG tidak memberikan sijil kompetensi kepada peserta akan tetapi peserta boleh memasukkan pembelajaran kendiri e-KomPeG ini di dalam SPLKPM untuk menjana sijil dari SPLKPM itu sendiri. 


MODUL e-KomPeG

PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.