Terung pipit, terung rembang atau terung manggul (nama saintifik: Solanum torvum) adalah sejenis tumbuhan jenis terung dalam genus Solanum keluarga Solanaceae.
Tumbuhan ini bertaburan asal di kawasan Antillen di kepulauan Caribbean tersebar di kawasan-kawasan tropika seluruh dunia. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimakan sebagai sayur.
Batangnya berkayu liat dan berdahan banyak. Hampir semua bagian tumbuhan ini berduri, kecuali hanya buah yang ditutupi bulu halus.[2] Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan berhujung tumpul;[2][4] terdapat juga duri pada urat daunnya dengan ukuran daun 7–20 cm panjang dan 4–18 sm lebar.[2]
Bunganya berjambak di hujung atau pangkal ranting yang tampak berwarna putih. Buah yang dihasilkan berupa beri.
Buah muda tumbuhan ini boleh dimakan mentah sebagai ulam sambal tumis mahupun dimasak celur, goreng, rebus atau kari.[2]
Masyarakat Mandailing atau Tapanuli biasanya menggunakan buah ini dalam campuran sayur daun ubi tumbuk.
Air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Daun-daun pokok ditumbuk lumat untuk melegakan sakit kebakaran. Akarnya yang ditumbuk lumat pula dapat mengubati retak kulit pada kaki serta melegakan sakit dan pendarahan pada kebengkakan. Bahkan seluruh bahagian tumbuhan ini dapat diperah cecairnya sebagai ubat mentawarkan bisa serangga dan ular.[2]
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.