Dalam bidang pendidikan, Hal Ehwal Pelajar (HEP), juga dikenali sebagai Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan salah satu jabatan, bahagian ataupun unit yang biasanya boleh didapati di banyak pusat pengajian, sekolah, pusat tuisyen, kolej mahupun universiti. HEP biasanya bertanggungjawab bagi menjalankan tugasan-tugasan berkaitan hal ehwal pelajar, disiplin dan pembentukan etika pelajar luar kuliah akademik.