TENTANG KAMI


Jabatan Hospitaliti diketuai oleh Mazurati Binti Abdullah selaku Ketua Jabatan. Jabatan Hospitaliti menawarkan  dua program  iaitu Program Seni Kulinari (HSK) dan Program Bakeri dan Pastri (HBP). Seramai 11 orang pensyarah dalam Program Seni Kulinari dan 11 orang pensyarah dalam Program Bakeri dan Pastri. 

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di Jabatan Hospitaliti termasuklah 2 buah Bengkel Amali terbuka dan 2 buah Bengkel Amali berhawa dingin serta sebuah Raflesia La Eatry Restoran. Setiap bengkel dan restoran dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi sesuai dengan silibus pembelajaran. Selain itu, Jabatan Hospitaliti juga menyediakan ruang khusus untuk pembelajaran teori yang kondusif dan selesa.