Setelah memperolehi Lencana Usaha. Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapat DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut.
Ahli Kolekesi Hobi
Ahli Muzik
Ahli Pertahanan Diri
Ahli Renang
Ahli Sukan
Jurumasak di Khemah
Juruperpustaakan
Peladang Muda
Pelukis
Pengail
Penunggang Basikal
Setelah memperolehi Lencana Maju. Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperolehi dan Dua (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah:
Ahli Berkhemah (WAJIB)
Ahli Elektronik
Ahli Ilmu Perintis
Ahli Komputer
Ahli Mekanik
Ahli Penukang
Ahli Perahu Dayung
Ahli Perhubungan
Ahli Perhutanan
Pelihat
Pengembara
Tukang Masak
Setelah memperolehi ketiga-tiga Lencana Pengetahuan. Pengakap Muda itu dikehendaki memeruskan latihan dan ujian bagi mendapat TIGA (3) lagi Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah wajib dan mesti diperolehi dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuanya dalam memberikan perkhidmatan menerusi aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah:
Ahli Pertolongan Cemas (WAJIB)
Ahli Anti Dadah
Ahli Komuniti
Jurubahasa
Kuatermaster
Pemadam Api
Pemandu
Pemelihara
Pengawal Perkhemahan
Penyelamat Nyawa
Setiausaha