Scouts Supporting Hub adalah hasil usaha PPM Daerah Kuala Kangsar bertujuan memudahkan urusan pemimpin dan ahli pengakap mengakses maklumat-maklumat yang penting dalam aktiviti berpengakap.
Memudahkan pemimpin dan ahli pengakap mendapat maklumat berkaitan buku log selaras dengan Skim Latihan Pengakap Muda dan Remaja.
Meningkatkan kemahiran kepengakapan dalam kalangan ahli pengakap melalui klip video yang disediakan.
Menyakinkan kalangan ahli pengakap daerah Kuala Kangsar menuju ke arah Pengakap Raja.
Pemimpin, Ahli Pengakap Muda (Tingkatan 1 -3 ) dan Ahli Pengakap Remaja (Tingkatan 4-5)