Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun yang terbahagi kepada TIGA semester.
SEMESTER 1
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
Peperiksaan Semester 1 (S1)
SEMESTER 2
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
Peperiksaan Semester 2 (S2)
SEMESTER 3
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
Peperiksaan Semester 3 (S3), Peperiksaan Ulangan Semester 1 (U1) dan Peperiksaan Ulangan Semester 2 (U2)
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua pelajar.