INFO TAWARAN KEMASUKAN
Maklumat Umum
Untuk pengetahuan semua, tawaran kemasukan ke tingkatan enam adalah secara automatik kepada pelajar yang layak. Pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki tingkatan enam di Kolej Tingkatan Enam. Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pautan berikut https://sst6.moe.gov.my/
Berikut adalah syarat kemasukan ke tingkatan enam:
Syarat Am Kemasukan ke Tingkatan Enam
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2021
Syarat Khas Kemasukan ke Tingkatan Enam
1.JURUSAN SAINS
Untuk jurusan sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut :
Matematik / Matematik Tambahan
Fizik
Biologi
Kimia
Sains Sukan / Sains Rumah Tangga / Sains Komputer
2.JURUSAN SAINS SOSIAL
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut :
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik / Matematik Tambahan
Sejarah
Geografi / Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Kesusasteraan Melayu / Literature In English
Prinsip Perakaunan
Sains / Sains Tambahan
Bahasa Tamil / Bahasa Cina / Bahasa Arab
Tasawwur Islam
Berikut adalah wajaran nilai mata gred Sijil Pelajaran Malaysia yang digunakan untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam :