Kursus Kraf Kanak-Kanak Sekolah Rendah merupakan kursus elektif terbuka yang perlu diambil oleh guru pelatih PISMP Pendidikan Islam SK 2 Ambilan Ogos 2021 keluaran Julai 2026 pada semester 1 tahun 4. Hal ini kerana kursus ini menyediakan asas penting dalam pendidikan seni bagi murid tahap awal. Melalui kursus ini, guru pelatih dapat memahami strategi pengajaran kraf yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak, sekali gus merangsang kreativiti, pemikiran kritis serta kemahiran motor halus murid. Di samping itu, kursus ini mendorong guru menggunakan bahan yang mudah diperoleh secara kreatif dan lestari, di samping dapat memupuk nilai murni serta penghargaan terhadap warisan budaya tempatan. Oleh itu, kursus elektif ini sangat signifikan dalam melahirkan guru pelatih yang berkemahiran, kreatif dan berupaya membentuk murid secara seimbang dari aspek kognitif, emosi dan sosial.
Untuk tugasan 1 bagi kursus ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan e-portfolio bagi menghuraikan bagaimana guru mengaplikasikan aspek kreativiti, unsur kraf tradisional atau kontemporari, dan bahasa seni visual dalam merancang serta melaksanakan aktiviti penerokaan idea kraf yang sesuai untuk kanak-kanak.
KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK3503 KRAF KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH
TUGASAN : TUGASAN 1 (PENGHASILAN PRODUK)
NAMA PENSYARAH : ENCIK SAZUKI BIN MOHAMAD BEE
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus Kraf Kanak-kanak Sekolah Rendah (PSV3503) dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus saya Encik Sazuki bin Mohamad Bee kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing kami sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Mereka membantu saya dengan menjawab pelbagai soalan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih.