PERBINCANGAN BERKUMPULAN
1. Dalam Kumpulan, Undi Peranan Masing2 ( Ketua, Pembentang,Pencatat Nota & Penyelaras Bahan)
2. Kumpulan Akan Diberikan Tugasan Untuk Diselesaikan Bersama.
3. Proses Perbincangan Mesti Menekankan ‘Argument’
4. Setiap Pelajar Memberikan Pendapat Dan Hanya Satu Sahaja Jawapan Yg Dipilih Untuk Dibentangkan.
Soalan tugasan:
1. Bincangkan implikasi psikologi (yang menurut kumpulan anda) sangat besar pengaruhnya pada guru
PERBINCANGAN BERKUMPULAN
Soalan tugasan:
Faktor baka dan persekitaran memberi pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan. Bincangkan aspek perkembangan manusia dari perspektif sains dan perspektif Islam (Al-Ghazali).
PERBINCANGAN BERKUMPULAN
Soalan tugasan:
Bincangkan teori kematangan Arnold Gesell. Bagaimanakah perspektif Gesell tentang peranan faktor genetik dalam perkembangan kanak-kanak berbeza dengan pendekatan behavioris terhadap pembelajaran? Jelaskan jawapan anda dengan contoh peristiwa penting perkembangan yang Gesell perhatikan dan huraikan bagaimana pemerhatian ini mungkin mempengaruhi amalan pendidikan.
PERBINCANGAN BERKUMPULAN
Soalan tugasan:
Jelaskan empat peringkat utama perkembangan kognitif menurut Jean Piaget. Berikan contoh tingkah laku atau aktiviti yang menunjukkan ciri-ciri setiap peringkat tersebut.
2. Apa yang dimaksudkan dengan skema dalam konteks teori kognitif Piaget? Bagaimana skema ini berkembang sepanjang kehidupan kanak
kanak?
3. Perbezaan antara proses asimilasi dan akomodasi dalam teori Piaget. Berikan contoh untuk setiap proses dan bagaimana kedua-duanya
menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
TUGASAN INDIVIDU
Soalan tugasan:
Bandingkan dan bezakan teori perkembangan kognitif Vygotsky dengan teori Piaget.
Apakah persamaan dan perbezaan utama antara kedua-dua teori ini?
Bagaimana anda dapat menggunakan prinsip-prinsip Vygotsky dalam reka bentuk aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah?
TUGASAN INDIVIDU
Soalan tugasan:
Soalan 1: Mengendalikan Konflik dalam Bilik Darjah
Situasi: Dalam kelas Tahun 4, dua orang murid bertengkar kerana berebut pensel warna. Seorang murid mengatakan bahawa pensel warna itu miliknya, manakala murid lain mengatakan dia berhak menggunakannya kerana dia memerlukannya untuk menyiapkan tugasan.
Soalan: Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg, di peringkat manakah kedua-dua murid ini berada? Sebagai guru, bagaimana anda akan menangani situasi ini dengan menggunakan prinsip teori tersebut untuk membantu murid memahami konsep moral yang lebih mendalam?
Soalan 2: Menyokong Perkembangan Moral di Peringkat Pra-Konvensional
Situasi: Murid-murid Tahun 2 di sekolah rendah cenderung mengikuti peraturan hanya kerana mereka takut dikenakan hukuman. Mereka sering bertanya, “Apa hukuman kalau saya buat salah?”
Soalan: Di peringkat perkembangan moral manakah murid-murid ini berada? Bagaimanakah anda, sebagai guru, boleh membantu mereka mengembangkan pemikiran moral yang lebih matang berdasarkan teori Kohlberg? Apakah aktiviti atau pendekatan yang sesuai untuk membantu murid melangkah ke peringkat seterusnya?
Soalan 3: Mengajar Nilai dan Tanggungjawab Melalui Aktiviti Kumpulan
Situasi: Dalam aktiviti berkumpulan, seorang murid enggan bekerjasama kerana dia merasakan dia boleh menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat secara bersendirian. Dia juga mengatakan dia tidak kisah jika rakan sekelasnya mendapat markah rendah.
Soalan: Menurut Teori Kohlberg, di manakah tahap perkembangan moral murid ini? Sebagai guru, bagaimana anda akan menggunakan situasi ini untuk mengajar kepentingan tanggungjawab sosial dan kerjasama? Berikan contoh aktiviti pembelajaran yang boleh menyokong perkembangan moral murid ke tahap yang lebih tinggi.
Soalan 4: Dilema Moral dalam Peraturan Sekolah
Situasi: Sekolah telah menetapkan peraturan bahawa semua murid mesti membawa buku teks setiap hari. Namun, seorang murid dari keluarga kurang berkemampuan sering tidak membawa buku kerana keluarganya tidak mampu membeli buku tersebut.
Soalan: Bagaimanakah anda sebagai guru boleh menggunakan dilema moral ini untuk membantu murid-murid lain memahami konsep keadilan dan empati berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg? Bagaimana anda boleh memanfaatkan situasi ini dalam PdP untuk meningkatkan pemikiran moral murid di tahap konvensional?
Soalan 5: Mengatasi Sikap Penting Diri di Kalangan Murid
Situasi: Dalam satu sesi pengajaran, seorang murid enggan berkongsi bahan pembelajaran dengan rakan sekelas kerana beranggapan dia telah membayar sendiri bahan tersebut dan ia adalah haknya.
Soalan: Di tahap perkembangan moral manakah murid ini berada mengikut teori Kohlberg? Apakah aktiviti pembelajaran atau strategi pengajaran yang boleh anda gunakan untuk membantu murid memahami pentingnya sikap berkongsi dan tanggungjawab sosial?
AKTIVITI BERKUMPULAN
Soalan tugasan:
1. Sila tonton dan hayati filem Mulan di pautan
https://www.youtube.com/watch?feature=shared&v=-DY4vzvkehE
2. Berdasarkan filem "Mulan" (2000), bincangkan bagaimana faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gender dan stereotaip gender digambarkan dalam watak Mulan. Dalam perbincangan anda, sertakan:
a) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gender - Analisis bagaimana latar belakang keluarga, budaya, dan peranan sosial mempengaruhi jantina Mulan dan persepsi dirinya.
b) Stereotaip gender, persamaan dan perbezaan gender - Kenalpasti situasi dalam filem ini yang memaparkan stereotaip gender serta persamaan dan perbezaan antara lelaki dan perempuan.
c) Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran - Cadangkan bagaimana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah boleh mencabar stereotaip gender yang serupa dengan yang terdapat dalam filem ini dan membantu membina pemahaman yang lebih baik tentang kesaksamaan gender.