Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:
i. Kelab/Persatuan
ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan/Permainan /1 Murid 1 Sukan
Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen.
Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:
i. Penglibatan;
ii. Penyertaan; dan
iii. Prestasi.
Semua aktiviti yang disertai murid akan direkod bagi menggalakkan murid untuk mendapat skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambil kira untuk tujuan pentaksiran. Pentaksiran tersebut adalah berdasarkan enam
(6) elemen seperti berikut:
BILANGAN MURID GPS %GPS
2019 196 2.70 57.5
2020 187 2.52 62.0
2021 185 1.99 75.25
2022 151 1.93 76.75
2023 148 2.04 73.99
2024 137 1.93 76.75
2025 (ETR) 158 1.90 78.00