Dalam usaha untuk menjadikan SMK St Patrick sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini
Adalah diharapkan semua perancangan akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kokurikulum di SMK St Patrick adalah satu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan murid yang mempunyai keperibadian unggul serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara
Melahirkan murid yang cemerlang dalam kokurikulum di daerah Kulim Bandar Baharu.
Melahirkan bintang-bintang kokurikulum, membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia, membimbing dan melibatkan murid secara proaktif dalam pelbagai program kokurikulum, sukan, dan koakademik melalui pelan operasi yang mantap sehingga mencapai standard tertinggi.
ONE PAGE PROJECK MANAGER (OPPM) UNIT KOKURIKULUM 2025
ONE PAGE PROJECK MANAGER (OPPM) UNIT KOKURIKULUM 2024