Mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara merentas desa bagi memilih lebih ramai atlit-atlit yang berpontensi untuk mewakili sekolah dalam acara Merentas Desa MSSD Gombak 2021
Meningkatkan semangat kerjasama dikalangan warga SMK Taman Melawati dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
Melahirkan lebih ramai warga sekolah yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal
Pertandingan ini diwajibkan kepada semua warga sekolah yang terdiri dari guru, anggota sokongan pentadbiran (AKP) dan murid daripada PPKI, peralihan, tingkatan 1 sehingga murid tingkatan 5 SMK Taman Melawati kecuali bagi murid- murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Pengetua dan GPK Kokurikulum atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada doktor.
Semua peserta mestilah berada dalam keadaan sihat sebelum melakukan larian. Setiap ibubapa/penjaga mestilah memastikan kesihatan anak masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula dengan pengawasan dan kebenaran ibubapa/penjaga.
TREK LARIAN (MURID ARUS PERDANA)
Di kediaman masing-masing dengan jarak 7 km
Peserta boleh melengkapkan larian dalam 1 sesi (7km)
Peserta yang melengkapkan larian 5km dalam 1 sesi mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dikira sebagai pemenang.
Perserta juga boleh melengkapkan larian dalam beberapa sesi atau mengambil beberapa hari untuk melengkapkan larian 5km. Contoh: Isnin 3km + Rabu 3km + Sabtu 1km. Total: 7km
Peserta akan diberikan GOOGLE FORM untuk dilengkapkan mengikut kategori masing-masing.
Peserta WAJIB memuat naik bukti larian yang di SCREENSHOT melalui aplikasi STRAVA beserta 1 SELFIE/GAMBAR untuk membuktikan larian yang telah dilakukan.
Jika peserta mengambil beberapa sesi untuk melengkapkan larian 5km. Peserta hendaklah memuat naik setiap SCREENSHOT bukti larian di google form yang dberikan sekaligus.
CARA MEMUAT TURUN BUKTI LARIAN
• Para peserta akan diberikan 1 GOOGLE FORM mengenai butiran peserta yang perlu dilengkapkan.
• Di dalam GOOGLE FORM tersebut para peserta perlu melengkapkan butiran diri dan memuat turun SCREENSHOT bukti larian beserta 1 SELFIE/GAMBAR sebagai tanda bukti.
• Peserta perlu memuat naik aplikasi STRAVA atau aplikasi larian lain jika peranti peserta tidak mendapat sokongan untuk memuat turun aplikasi tersebut. Contoh: Nike Run Club/ Running Distance Tracker.
Peserta perlu mendaftar akaun bagi aplikasi STRAVA secara PERCUMA di Playstore/Appstore di peranti masing-masing.
2. Setelah selesai, peserta boleh melakukan larian dengan menekan butang REKOD larian di peranti masing-masing dan menekan butang START untuk memulakan larian.
3. Setelah tamat larian, peserta perlu SCREENSHOT bukti larian dan mengambil 1 SELFIE/GAMBAR sebagai BUKTI LARIAN telah dilakukan.
4. Bukti SCREENSHOT larian hendaklah diambil mengikut format sebegini untuk memudahkan urusetia menyemak masa larian anda.
Peserta boleh menggunakan beberapa sesi untuk melengkapkan jarak 7km. Bukti screenshot perlulah di upload mengikut jumlah sesi yang di ambil.
5. Contoh: 3km + 2km+2km. Total: 7km. 3 bukti SCREENSHOT larian perlu di muat naik di dalam 1 GOOGLE FORM.
6. Peserta yang menamatkan larian di dalam 1 sesi mempunyai peluang yang lebih besar untuk dikira sebagai pemenang.
• Peserta melengkapkan aktiviti menggunakan bantuan luar seperti rakan lain yang berlari untuk anda, menggunakan basikal/motorsikal dan lain-lain.
• Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyemak bukti larian di akaun STRAVA peserta jika terdapat sebarang keputusan larian yang meragukan.
• Pihak penganjur boleh merujuk keputusan larian MERENTAS DESA TAHUN 2021 sebagai sumber rujukan jika bukti larian murid meragukan.
• 5 peserta terbaik setiap kategori akan dipilih untuk ke saringan terakhir di lokasi dan tempat yang akan diberitahu kemudian.
• e-Medal akan diberikan kepada 5 pemenang bagi setiap kategori beserta e-sijil penyertaan.
• SEMUA PESERTA yang menyertai kejohanan akan diberikan sijil penyertaan atas talian dalam masa seminggu selepas kejohanan.
• Rumah sukan yang menghantar penyertaan paling banyak di kira sebagai Rumah Sukan Terbaik.