MERENTAS DESA

(LARIAN MAYA)

Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. .Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid.Ia juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Namun, disebabkan wabak pandemik COVID19 acara tahunan ini tidak dapat dijalankan kerana aktiviti yang melibatkan kumpulan peserta yang ramai adalah tidak dibenarkan sama sekali oleh kerajaan Malaysia. Namun, keadaan itu bukanlah menjadi penghalang bagi kita semua untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal di kawasan rumah masing-masing. Unit sukan SMK Taman Melawati akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa secara maya (Virtual Run) pada tahun 2021 ini. Peserta perlu memuat turun aplikasi STRAVA ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk menyertai larian ini. Kejohanan ini akan melibatkan semua pelajar SMK Taman Melawati bagi memastikan mereka mendapat kredit dalam PAJSK.

MATLAMAT

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa matlamat utama. Antaranya adalah untuk memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan. Memastikan lebih ramai murid yang dapat melibatkan diri melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.