KELAB 5R KMNS

Kelab 5R KMNS merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak kolej untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa pelajar. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika pelajar untuk menghargai alam di samping boleh membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif.

Penubuhan kelab 5R dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi dan bakat secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kelab 5R juga bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi. 

OBJEKTIF KELAB 5R:


Logo 5R


SEJARAH PENUBUHAN KELAB 5R KMNS

Kelab 5R KMNS telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb September 2020.  Pada asasnya, usaha melestarikan alam sekitar dimulakan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan lebih awal sekitar awal tahun 2020 melalui aktiviti sarana kemasyarakatan yang telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ambilan sesi 2019/2020. Program sarana kemasyarakatan ini merupakan salah satu syarat keperluan bagi kursus Bahasa Inggeris semester dua untuk pelajar program Sistem Dua Semester (SDS). Pelajar mengikut praktikum mereka telah merancang dan mengadakan pelbagai kerja komuniti. 

Gambar 1: Ahli Kelab 5R kumpulan pertama pada sesi 2019/2020 bersama dengan kumpulan penasihat kelab.

Antaranya ialah menghasilkan dinding Mural 5R, mewujudkan laluan 5R Walkway di Blok Tutoran 1, Recycling  Project by Waste collection Squad,  Program RM1 Hero untuk mengutip data bagi mewujudkan Pusat Kitar Semula serta tong dan sangkar bahan kitar semula. 

Mural Penutup Botol

Perasmian Tong Kitar Semula 

Gambar kumpulan Pensyarah Penasihat bersama Mantan Pengarah KMNS (En. Mohammad Salleh bin Ahmad)

Gambar kumpulan bersama Mantan Pengarah KMNS (En. Mohammad Salleh bin Ahmad)

5R WALKWAY

BEFORE

5R WALKWAY

AFTER

Permulaan Projek Walkway oleh pelajar daripada Praktikum S2CT3, S3BP2, S1BP2 dan S1FP2 

Bacaan doa dilakukan sebelum permulaan kerja

Pelajar berganding bahu untuk menyiapkan walkway

Pelajar mempelajari kerja pertukangan dan pengaulan simen.

Program 'Waste Collection Squad'

PUSAT KITAR SEMULA KMNS

Program 1 Ringgit Hero

Pelajar S1AP3 mewujudkan program #1RinggitHero yang mana setiap penderma cuma perlu keluarkan RM1 untuk membantu menjana dana untuk membeli sangkar Kitar semula dan juga Tong Kitar semula. Hasilnya, pelajar dapat mengumpul dana RM1,510.00. Hasilnya, Aktiviti ini membolehkan team 5R membeli 1 sangkar kitar semula. Selain itu, kami juga mendapat sumbangan tong kitar semula 240liter daripada individu lain secara peribadi.

KMNS ECO GREEN FUN RUN TAHUN 2020

Buat julung kalinya, KMNS Eco Green Fun Run yang pertama telah diadakan pada 15 Februari 2020 bersempena dengan Sambutan 20 dekad KMNS. Sejajar dengan usaha melestarikan alam sekitar, para pelajar KMNS telah mengembleng tenaga untuk menjayakan program pengumpulan dana ini.  Larian jarak 5KM ini telah berjaya mengumpulkan seramai 329 peserta yang terdiri daripada pelajar dan juga orang awam.  Aktiviti zumba telah membuka tirai larian ini dengan mengumpulkan semua peserta dalam aktiviti panaskan badan sebelum berlepas dari garisan permulaan. 

Lori Milo yang bukan asing lagi bagi masyarakat tempatan juga dijemput untuk menyertai program ini. Sebagai satu usaha untuk mengurangkan penghasilan sampah, sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar telah berkerjasama untuk memastikan peserta dan juga pengunjung mempelajari usaha kitar semula. Selain daripada itu, program ini juga melibatkan penjualan 'Bake Sale' untuk tujuan yang sama iaitu pengutipan dana bagi membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan usaha melestarikan alam sekitar.

IMG_3286.MOV

Video: Pelepasan peserta larian di garisan permulaan oleh mantan pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, En. Mohammad Salleh bin Ahmad.

Gambar: Sukalerawan menggalakkan kitar semula di kalangan peserta.

KMNS ECO GREEN FUN RUN 2.0 TAHUN 2022 (VIRTUAL RUN)

Tahun 2022 merupakan tahun yang agak mencabar bagi kelab 5R. Selepas beberapa tahun menghadapi pendemik akibat Covid 19, pengerusi Kelab 5R, saudari Farheez Narveen telah menyambut cabaran untuk melaksanakan KMNS ECO GREEN FUN RUN 2.0. Bertemakan 'Energy and Water Conservation', KMNS Eco Green Fun Run yang diadakan kali ke-2 ini selama tempoh 21 Mac - 2 April 2022 bertujuan memberi kesedaran kepada warga KMNS akan kepentingan jimat elektrik dan air. 

Disebabkan oleh SOP perintah kawalan pergerakan pada ketika itu, aktiviti larian ini terpaksa diadakan secara maya, yang mana peserta digalakkan melakukan larian mereka sejauh 5 KM untuk menamatkan larian. Selain itu mengadakan larian terpantas 'Top 5 Finisher', larian secara maya ini juga memberi cabaran khas kepada mereka yang bertekad untuk melakukan larian paling jauh, 'Longest Distance' untuk bertanding. Dalam pada itu, peserta dan semua warga kolej juga diberi peluang untuk menyertai peraduan 'Most Liked Instaphoto'. Pelbagai usaha kesedaran diwar-warkan kepada warga kolej sepanjang perlaksanaan program tersebut.

Gambar: Gambar kumpulan Ahli Jawatan Kuasa Kelab 5R Sesi 2021/22 dan Penasihat Kelab.

Program KMNS Eco Green Fun Run 2.0 menutup tirainya dengan majlis penyampaian hadiah yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Salwa Anita binti Haji Isa. Pemenang-pemenang mengikut kategori larian telah hadir untuk menerima hadiah kemenangan mereka. 

KMNS ECO GREEN FUN RUN 3.0 TAHUN 2023 

Bagi menyambung legasi program ini, KMNS Eco Green Fun Run 3.0 telah dijalankan pada 18 Mac 2023 selari dengan program Hari Terbuka KMNS.  Penganjuran program kali ketiga ini telah berjaya mengumpulkan seramai 799 peserta dan 200 sukalerawan. Rakan kolaborasi iaitu SWM Environment S/B, SWCorp Cawangan Seremban, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Jabatan Belia & Sukan Kuala Pilah serta wakil daripada penganjur, Coca Cola Bottlers Malaysia turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis. 

Pertandingan Pengumpulan Berat Bahan Kitar Tertinggi turut dianjurkan oleh SWM Environment yang mana 10 penyertaan yang mempunyai berat tertinggi dan yang memenuhi syarat minima 20kg memenangi 1000 mata ganjaran melalui aplikasi KITARecycle. Program ini mendapat sambutan daripada staf, pensyarah, pelajar dan juga masyarakat luar menyertai  program ini.

Selain itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan  juga turut menganjurkan program ‘Free Market’ yang memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli secara percuma pakaian yang mereka pamerkan.

SERTAI KAMI DAN BERSAMA KITA MENCIPTA SEJARAH