PENGENALAN

Seiringan dengan pembangunan ekonomi yang pesat, masalah pelupusan sampah merupakan satu masalah yang membelenggu seluruh dunia, termasuklah negara-negara maju. Negara Malaysia sudah tentu tidak terlepas daripada masalah ini.


Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh banyak pihak, persatuan dan sebagainya bagi menyokong pendekatan ‘3R’ iaitu guna semula, kurangkan dan kitar semula. Namun inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada masyarakat umum.


MATLAMAT

Program ‘KMNS ECO Green Fun Run 2024 merupakan usaha berterusan daripada Kelab 5R KMNS dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. dalam melestarikan alam sekitar. Program ini bertemakan 5R (Reduce Reuse, Recycle, Refuse and Recover) bertujuan untuk memberi kesedaran supaya masyarakat boleh berganding bahu untuk menyahut usaha kitar semula.


Melalui aktiviti sukan larian yang kini menjadi satu trend masyarakat Malaysia, kempen kesedaran 5R dapat dipromosikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Program ini dapat mengumpulkan orang ramai bagi memberi pendedahan tentang 5R dan di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan juga masyarakat setempat.


         


OBJEKTIF

ANJURAN

DENGAN KERJASAMA