MOTTO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
MOTTO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI'
MATLAMAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
OBJEKTIF KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Antara objektif penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) adalah:
1.Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2.Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
3.Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4.Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5.Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
PENERANGAN LOGO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
1.Huruf K.P.J bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.
2. Bulatan berbentuk mata melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.
3. Warna merah melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.
4. Warna biru melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli.
5. Warna kuning melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara.
6. Latar belakang berwarna putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah