LATAR BELAKANG KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
LATAR BELAKANG KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Kes jenayah yang melibatkan murid sekolah seperti yang sering dilaporkan oleh media semakin meningkat serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak.Kementerian Pelajaran berpendapat gejala antisosial ini perlu diberi perhatian serius dan ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak.Kesedaran murid akan implikasi negatif terhadap jenis dan pola perlakuan jenayah perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan antisosial.
Kementerian Pelajaran Malaysia,melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2006 ,telah menyarankan bahawa semua Sekolah Rendah dan Menengah seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.Saranan penubuhan kelab ini bertujuan untuk membangkitan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.Seterusnya diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah
FALSAFAH KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Kelab ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif,mempunyai ketahanan diri,berani bersaing,prihatin terhadap bidang yang diceburi,mempunyai wwasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah,serta menggembleng kreativiti diti secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri.