Waqaf dan Ibtida’
Untuk aspek tajwid ini, ia berkait dengan waqaf iaitu pemutusan pembacaan suatu kata dari selepas sesaat menarik nafas dan kemudian kembali meneruskan bacaan.
Manakala, ibtida’ pula meneruskan atau memulakan kembali membaca selepas berhenti seketika untuk mengambil nafas (waqaf).
Tanda-tanda waqaf terdiri daripada:
Waqaf Lazim ( م): mesti berhenti
Al-Waqfu Aula (قلى): berhenti lebih utama
Waqaf Mu’anaqah (∴ ∴): Berhenti di salah satu tanda sahaja)
Waqaf Jaiz (ج): Boleh berhenti, boleh disambung
Al-Waslu Aula (صلى): Sambung lebih utama
‘Adamul Waqaf (لا): Dilarang berhenti