Tempoh Permainan
Bagi permainan bola jaring terkini, masa permainan ialah terbahagi kepada 4 suku masa. Setiap suku masa mempunyai 15 minit permainan. Setiap suku mempunyai masa rehat 4 minit antara suku 1 ke 2 dan suku 3 ke 4. Manakala bagi suku 2 ke 3 adalah dikira separuh masa dan diberi masa rehat selamat 12 minit.
Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki suku baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa permainan sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan penalti pas di dalam bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat setelah pemain tersebut selesai melakukan penalti pas.
Masa tambahan bola jaring
Di dalam sesetengah perlawanan bola jaring, pengadil berkemungkinan akan memberikan masa permainan tambahan jika kedudukan mata seri selepas tamat masa permainan sebenar. Masa tambahan ini diberikan untuk menentukan pasukan yang lebih banyak jaringan mata dikira sebagai pemenang.
Masa tambahan ini mengandungi 2 suku tambahan, setiap suku mempunyai 7 minit dan diselang dengan rehat selama 1 minit. Kedua-dua pasukan akan menukar gelanggang setiap kali masuk suku tambahan.