Di dalam cara bermain bola jaring, terdapat beberapa kesalah yang boleh dikenakan penalti. Terdapat 2 jenis penalti bola jaring iaitu:
Lontaran Percuma
Lontaran percuma ini diberikan apabila berlakunya kesalahan kecil. Apabila pengadil melihat berlakunya kesalahan kecil maka pasukan lawan akan diberikan lontaran percuma. Antara kesalahannya adalah:
Memegang bola
Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya mempunyai masa 3 saat untuk melakukan hantaran ke pemain seterusnya. Jika lebih dari 3 saat, pengadil akan meniup wisel dan memberikan lontaran kepada pasukan lawan.
Gerakan kaki
Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya dibenarkan untuk membuat satu langkah sahaja. Jika semasa mendapat bola kaki kiri menjejak gelanggang, maka hanya satu langkah kaki kanan sahaja dibenarkan. Jika kedua-dua kaki berada di atas gelanggang semasa memegang bola, selangkah dibenarkan untuk mana-mana belah kaki.
Menerima bola
Seorang pemain hanya boleh memberikan/melantunkan bola yang sedang dipegang kepada pemain lain sahaja. Pemain tidak dibenarkan untuk mengambil semula bola yang dilepaskan dari penggangan tangan. Jika berlaku, bola perlu terlebih dahulu diambil oleh pemain lain barulah boleh menerima semula bola tersebut.
Kawasan bola
Bola yang dihantar lebih daripada satu pertiga dari kawasan permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain adalah satu kesalahan, pengadil akan meniup wisel dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.
Off side
Setiap pemain mempunyai posisi dan kawasan bergerak masing-masing di dalam gelanggang. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan selain dari kawasan posisinya. Jika pemain memasuki kawasan yang bukan sepatutnya, ini adalah satu kesalahan dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.
Lontaran penalti ini akan diberikan apabila berlakunya kesalahan seperti bermain secara kasar, mengganggu pemain lawan serta beberapa lagi yang dikenal pasti oleh pengadil. Kesalahan ini boleh dilihat apabila pengadil akan mengarahkan pemain untuk berdiri di sebelah pemain lawan yang memperoleh lontaran penalti. Pemain yang melakukan kesalahan ini hanya boleh bergerak apabila lontaran penalti dilakukan. Antara kesalahn yang sering dilakukan adalah:
Melanggar
Dalam permainan bola jaring, setiap pemain dilarang melanggar pemain lain samada sengaja ataupun tidak sengaja. Pengadil akan melihat dan membuat keputusan samada untuk memberikan lontaran penalti ataupun tidak.
Menghalang
Setiap pemain tidak dibenarkan untuk menyentuh ataupun mengambil bola yang sedang dipegang boleh pemain lain. Setiap pemain hanya boleh melakukan halangan minima jarak 3 kaki daripada pemain yang memegang bola.
Jika kesalahan seperti melanggar atau menghalang dilakukan di dalam bulatan gol, pasukan lawan akan diberikan lontaran terus ke jaring gol. Lontaran ini dilakukan tanpa halangan daripada pemain pasukan lawan.