DR. MIOR HAMDAN BIN HJ GHAZALI, A.C.M.
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Mukadimah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke laman web KBAT Perak. Laman web ini dibangunkan oleh Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Perak. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan platform ini sebagai sumber utama untuk memperkasa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pentadbir sekolah, murid dan guru di negeri Perak.
Laman ini diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan sumber rujukan serta bahan-bahan pembelajaran, aktiviti, dan latihan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kami berharap laman ini akan menjadi tempat rujukan yang berguna dan dapat memupuk budaya pembelajaran yang aktif dan berkesan.
Terima kasih atas sokongan anda dan semoga laman ini memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari Admin
"Pembudayaan KBAT perlu dijadikan amalan bukan saja dalam kalangan murid tetapi juga dalam kalangan guru dan masyarakat setempat bagi menyahut cabaran melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta dapat bersaing di peringkat global dan menyumbang ke arah kemajuan negara. Sekolah Pembudayaan KBAT secara menyeluruh merujuk kepada sekolah yang mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna KBAT bukan sahaja diajar sebagai satu subjek, tetapi diterapkan dalam setiap mata pelajaran dan aktiviti sekolah." HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam buku Manual Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Sekolah keluaran KPM tahun 2021.
DEFINISI KBAT
KBAT merujuk kepada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum,2013). Ia melibatkan proses mental yang kompleks seperti analisis, sintesis, penilaian, dan penciptaan idea baru.
PROMOSI KEM WIRA KBAT 2025
KEM WIRA KBAT PERDANA NEGERI PERAK 2025
Kaunter Pelawat sejak 1 Julai 2025 12.03 pm
PENYELARAS KBAT NEGERI PERAK
SHAHRUL NIZAM BIN TAHARIN
PENOLONG PENGARAH
UNIT SAINS DAN MATEMATIK,
SEKTOR PEMBELAJARAN,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK