**SEMUA SEKOLAH DIMOHON UNTUK MUAT TURUN (DOWNLOAD) DUA (2) INSTRUMEN STANDARD PENARAFAN (ISP) KBAT DI BAWAH (format pdf) UNTUK PENGISIAN SKOR PENARAFAN KENDIRI.**
**HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.**
INSTRUMEN STANDARD PENARAFAN PENGURUSAN & KEPIMPINAN
INSTRUMEN STANDARD PENARAFAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP)
PROSEDUR PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH BAGI MENGUKUR TAHAP PEMBUDAYAAN KBAT:
(sumber BPK, KPM)
Pelaksanaan penilaian kendiri pertama ini hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan ISP KBAT (seperti di atas) dan dikawal selia oleh pihak JPN/ PPD.
Penilaian Kendiri Pertama (untuk mendapatkan TOV Skor Standard Pencapaian KBAT) hendaklah dilaksanakan oleh semua sekolah selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2021.
JPN akan menentukan sama ada penilaian kendiri kedua perlu dilaksanakan atau tidak, adalah tertakluk kepada pihak JPN/ PPD dan Penilaian Kendiri Kedua hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 November 2021.
PERANAN SEMUA SEKOLAH (selain 2 sekolah rintis/ cemerlang KBAT yang ada di setiap daerah):
Jawatankuasa (J/K) KBAT sekolah hendaklah mengendalikan pelaksanaan penilaian kendiri pertama menggunakan ISP KBAT yang diedarkan oleh JPN (Rujuk instrumen di atas)
J/K KBAT sekolah hendaklah melantik Guru Kanan atau Ketua Bidang yang layak untuk menjalankan pencerapan PdP/ PdPR serta J/K Kokurikulum untuk pencerapan aktiviti kokurikulum (**buat masa ini pencerapan kokurikulum adalah ditangguhkan**)
ISP KBAT dalam Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan hendaklah dilengkapkan oleh pemimpin sekolah (PENGETUA/ GURU BESAR/ PENOLONG KANAN)
ISP PdP digunakan dalam pencerapan PdP/ PdPR dan hendaklah dilaksanakan kepada 20% daripada jumlah guru di sekolah (CONTOH: JIKA JUMLAH GURU DI SEKOLAH ADALAH 100 ORANG, MAKA PENCERAPAN PdP/ PdPR HENDAKLAH DIJALANKAN KEPADA 20 ORANG GURU SAHAJA)
Pencerapan PdP/ PdPR hendaklah dilaksanakan secara penuh oleh PGB/ barisan pentadbir/ guru yang diberi kuasa untuk melakukan pencerapan ke atas guru-guru yang terpilih (Rujuk Para 4 di atas)
Sekolah adalah dicadangkan untuk membuat perancangan supaya pelaksanaan pencerapan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Peratus pencapaian minimum pembudayaan KBAT adalah seperti berikut:
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan (69%)
Pengajaran dan Pembelajaran (70%)
Buat masa sekarang, pihak sekolah TIDAK PERLU menghantar kedua-dua skor pencerapan tersebut (Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan dan PdP) kepada PPD atau JPN, sebaliknya skor-skor tersebut hendaklah disimpan oleh Penyelaras KBAT Sekolah untuk rujukan kelak.